PRU-13: Ceramah pembangkang hambar...Padan Muka



KUANTAN 24 April - Program ceramah pakatan pembangkang di Kampung Peramu di sini malam tadi menerima tamparan apabila sekitar 50 orang sahaja hadir.

Aktiviti yang diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Lumpur dan merupakan kawasan milik Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu gagal menarik perhatian penduduk kampung berkenaan untuk mendengar janji-janji ditaburkan.

Ceramah bermula kira-kira pukul 9.30 malam itu dimulakan dengan calon Pas DUN Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabar, yang mencuba nasib kali kedua di kerusi tersebut, mengajak penduduk kampung tersebut mengundi partinya.

Seperti biasa, pembangkang menyalahkan kerajaan Pusat dan negeri kerana gagal membela nasib rakyat selain menabur janji-janji yang dibuat sebelum ini sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

Dalam ceramah berkenaan, calon Pas itu turut menyelitkan beberapa ayat al-Quran yang bersesuaian dengan agendanya sambil memberitahu mereka mampu menunaikan janji sedangkan hakikatnya dibuat di negeri ditabir pakatan pembangkang gagal dilaksanakan.

Kehadiran penyandang kerusi Parlimen Kuantan dan juga calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh yang tiba kira-kira pukul 10.30 malam tidak disambut oleh para penyokong dan ahli Pas sebaliknya hanya beberapa orang sahaja dipercayai petugas bilik gerakan menyambutnya.

Fuziah ketika berucap pada aktiviti itu dengan 'bangga' mendakwa kemasukan bas RapidKuantan ke daerah ini adalah hasil perjuangan beliau.


Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana