PRU-13: Calon BN Kelantan diumum malam ini - Mustapa ... Jeng Jeng Jeng


KOTA BHARU 14 April - Calon Barisan Nasional (BN) Kelantan yang akan diumumkan pada malam esok di Pejabat Perhubungan UMNO Kelantan adalah muktamad dan tidak ada sebarang perubahan akan dilakukan selepas ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, senarai calon tersebut dibuat selepas pihaknya mengadakan pertemuan dengan semua peringkat sejak enam bulan lalu termasuk parti komponen MCA, MIC, Gerakan dan Parti Progresif Penduduk (PPP).

Beliau berkata, malah pihaknya juga telah mengadakan beberapa pertemuan dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan mengenai senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Dalam pada itu kita juga tahu Datuk Seri Najib telah menyatakan bahawa yang penting ialah calon-calon yang boleh menang. Saya pasti juga pengerusi BN mempunyai banyak sumber daripada segi laporan dan dari segi maklum balas.

"Kita semua telah menyatakan bahawa siapa juga calon yang diputuskan oleh Pengerusi BN Malaysia, itulah calon yang akan disokong oleh semua ahli-ahli parti komponen BN.

"Di Kelantan, kita telah mengadakan proses aku janji sebanyak dua kali di mana semua pemimpin parti termasuk di peringkat akar umbi telahpun berjanji untuk akur dengan apa jua keputusan yang dibuat oleh Pengerusi BN Malaysia," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media BN Kelantan di sini hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri meminta supaya semua pihak tidak kecewa selepas pengumuman calon itu dibuat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana