PRU-13: Bekas ADUN Machang Bubuk keluar parti PKR...Tamparan Hebat Buat PKR


BUKIT MERTAJAM 19 April - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Datuk Tan Hock Leong mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kecewa dengan tindakan tidak adil PKR dalam pemilihan calon.

Serentak dengan itu, beliau mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang berkata, beliau membuat keputusan itu kerana PKR tidak adil terhadap dirinya dalam dalam pemilihan calon untuk bertanding pada PRU-13.

"Saya dihubungi oleh Pengerusi PKR negeri Datuk Mansor Othman pukul 11 pagi tadi memaklumkan saya tidak terpilih sebagai calon tanpa memberikan sebarang alasan.

"Saya difahamkan calon baharu dari Selangor akan bertanding di sini," katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi.

Hock Leong yang merupakan penyandang kerusi DUN itu selama sepenggal berkata, PKR yang kononnya sebuah parti memperjuangkan keadilan sebenarnya mengamalkan kronisme.

"Apa tidak kroni kerana hanya meletakkan calon kroni mereka dan ia bukan berlaku di di sini, tetapi berlaku di Perak, Selangor dan Kedah, " ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Cabang PKR Bukit Mertajam yakin rakyat akan memilih calon terbaik dan bukannya parti seperti PKR dan percaya ramai lagi ahli PKR akan tinggal parti itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana