PRU-13: AJK UMNO Putrajaya akan saman Harakah Daily


PUTRAJAYA 15 April - Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Putrajaya, Hasnol Harun berkata, beliau akan menyaman pengendali portal Pas, Harakah Daily yang didakwa memfitnahnya apabila menyiarkan artikel yang menggunakan namanya sebagai sumber.

Menafikan beliau ada kaitan dengan artikel yang mengkritik penyandang kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor itu, Hasnol berkata, beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara itu pada 9.30 malam semalam.

"Satu surat saman akan dihantar kepada pengendali portal itu dalam masa terdekat kerana menyiarkan artikel fitnah menggunakan nama saya," katanya kepada pemberita di Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya di sini hari ini.

Katanya artikel bertajuk Putrajaya: Sampai masa Kun Nan berundur yang disiarkan semalam telah menggunakan nama Hasnol Harun dengan nota penulis 'Ahli Jawatankuasa UMNO Putrajaya' telah dihantar melalui e-mel menggunakan nama Neslo Suam kepada beberapa portal berita semalam.

"Saya tidak tahu mengenai perkara itu sehingga saya mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang wartawan yang mahukan kepastian berhubung perkara itu kira-kira 6.30 petang semalam. Satu laporan polis telah dibuat kira-kira 9.30 malam semalam.

"Selain itu, UMNO Putrajaya juga melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar menjalankan siasatan lanjut mengenai dalang yang menggunakan nama saya untuk menyebarkan fitnah menjatuhkan imej Tengku Adnan," katanya. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana