PR menang 2/3 kerusi percaturan silap:Dr Firdaus


SHAH ALAM: Cita-cita Pakatan Rakyat untuk memperoleh dua pertiga kerusi parlimen dianggap sebagai satu percaturan yang 'silap', kata penganalisis politik Datuk Firdaus Abdullah.Beliau menyifatkan sasaran pakatan pembangkang untuk menambah 12 lagi kemenangan di kerusi parlimen adalah retorik semata-mata tanpa mengambil kira kemelut dalaman parti yang gagal diselesaikan kepimpinan itu bersabit pembahagian kerusi.Bagi Firdaus kenyataan yang dibuat oleh dua pemimpin veteran DAP itu bertujuan untuk meningkatkan keyakinan penyokong pembangkang menjelang pilihan raya umum nanti.
Firdaus memberi contoh hubungan di antara Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan timbalannya, Mohamed Azmin Ali yang dikatakan semakin goyah termasuk konflik mahu menggulingkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Pakatan sendiri baik antara parti-parti terdapat perpecahan yang mendalam, Wan Azizah, Azmin dan Khalid.

"Ini bagi saya tanda-tanda perpecahan di kalangan komponen parti-parti Pakatan, jadi saya rasa cakap-cakap Lim Kit Siang dan Karpal hanya 'retorik psycho' untuk memberi harapan-harapan atau menaikkan semangat di kalangan penyokong mereka," katanya ketika dihubungi.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan meramalkan bahawa Pakatan Rakyat bakal memenangi 12 lagi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangkakan akan bermula beberapa minggu sahaja lagi.Pengerusi DAP Karpal Singh turut senada dengan Lim apabila membayangkan pembangkang akan menawan lapan negeri sekaligus membentuk sebuah kerajaan memerintah.

Firdaus walau bagaimanapun yakin konflik dalaman Pakatan Rakyat akan menjadi penghalang utama sasaran tersebut dicapai."Tapi saya sendiri tidak yakin angan-angan mereka akan berjaya kerana melihat perpecahan yang berlaku antara parti-parti Pakatan, saya rasa mereka akan menghadapi bermcam-macam masalah.
Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi negeri akan dipertandingkan pada PRU13 nanti.Pada pilihan raya umum 2008 Barisan Nasional (BN) menang 140 kerusi dan Pakatan Rakyat 82. Ini adalah kali pertama BN gagal mendapat majoriti dua pertiga.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana