Polarisasi: Dakwaan Ghani berasas - Pensyarah


SHAH ALAM: Dakwaan Datuk Abdul Ghani Othman bahawa pembangkang cuba membawa konsep "polarisasi kaum" di Johor ada asasnya apabila DAP memilih untuk meletakkan calon-calonnya di kawasan majoriti Cina.Pemerhati politik, Profesor Ahmad Martadha Mohamed berkata keputusan Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah membayangkan satu rancangan untuk memecah tradisi rakyat Johor yang selama ini memilih pemimpin tanpa mengira kaum.

Menurut beliau situasi berkenaan bertentangan dengan konsep permuafakatan antara kaum yang disemai oleh kerajaan selama ini.Dr Marthada kemudian menyifatkan pandangan Abdul Ghani sebagai penyandang jawatan Menteri Besar Johor selama empat penggal harus diambil serius."Kerana apabila DAP cuba bertanding di kawasan majoriti kaumnya Cina sudah tentu mewujudkan satu trend di mana mereka ingin katakan parti mereka akan menang kerana sokongan majoritinya adalah Cina."
"Itu menunjukkan wujud satu bentuk semacam gejala pengundian akan berlaku di atas faktor perkauman semata-mata, sedangkan ia merupakan satu perkara yang perlu dielakkan. Kerana kita tahu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional masing tertegak atas permuafakatan antara kaum dan bangsa berbilang agama," kata beliau.Mengulas lanjut, Marthada berkata jika konsep itu dibiarkan tanpa ada sebarang langkah, maka akan wujud situasi pemisahan kaum, yang mana akan membawa kepada kemerosotan institusi sosial yang akan memburukkan negara.

"Pengundi mesti melihat apakah saranan yang diberikan itu satu saranan tanpa fakta atau saranan yang diberi kerana pengalaman beliau menerajui Johor sekian lama dan melihat faktor-faktor yang boleh melonjakkan lagi Johor terutama dalam konteks ekonomi, politik dan sosial."Jadi saya kira pengundi-pengundi perlulah bijak dan matang dalam memilih bahawa parti atau individu yang membawa wadah polarisasi kaum tidak disokong, dan menyokong calon yang membawa wadah perjuangan yang menekankan kestabilan dan keharmonian antara kaum."

Terdahulu, Ghani selepas disahkan sebagai calon BN di Gelang Patah mengajak pengundi Johor menolak "polarisasi kaum" yang dicetuskan pembangkang, terutama saingannya, Kit Siang."Cara Johor", istilah yang sering digunakan pemimpin-pemimpin BN Johor dalam membina keteguhan dan keseragaman sokongan rakyat pelbagai kaum untuk BN terhadap usaha 'orang luar' untuk memecah-belahkan kaum.

Masyarakat minoriti Cina dan India di Johor mendapat layanan yang adil oleh kerajaan BN Johor, termasuk pembangunan pendidikan vernakular.

Comments

kalau rakyat Johor tidak selesa dengan polarisasi kaum, Lim Kit Siang akan kecundang di tangan kaum Cina, Melayu dan India Gelang Patah.

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana