PKR, PAS dan BN berebut kerusi Sungai Acheh


NIBONG TEBAL: Perebutan kerusi DUN Sungai Acheh antara PKR dan PAS sampai ke kemuncak hari ini apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pertandingan tiga penjuru di kerusi berkenaan termasuk penyandang Datuk Mahmud Zakaria dari Barisan Nasional (BN).

PKR meletakkan Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai 'Chegubard' sebagai calon parti itu akan menentang Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah.

Kesemua mereka menyerahkan borang di pusat pencalonan di sini pagi tadi.

"Saya telah dipilih oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat untuk bertanding di sini dan ia adalah mandat dari Pakatan," kata Badrul.

Mohd Yusni sebelum ini menyatakan perasaan terkejut apabila Pengerusi PKR negeri Datuk Mansor Othman mengumumkan akan meletakkan calon untuk bertanding di Sungai Acheh walaupun telah bersetuju kerusi tersebut milik PAS.

Pencalonan Mohd Yusni diumumkan oleh Ketua PAS Pulau Pinang Datuk Mohd Salleh Man pada Rabu minggu lalu.

"Saya ingat Chegubard (Badrul Hisham Shaharin) akan diletakkan sebagai calon di kerusi Parlimen Nibong Tebal. Saya jangkakan perkara ini kerana saya dan beliau telah bekerjasama secara rapat.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana