Pertembungan kerusi: "Selamat tinggal Putrajaya"


SHAH ALAM: Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Azizuddin Mohd Sani berpendapat pakatan pembangkang boleh melupakan hasrat mereka menawan Putrajaya berikutan persengketaan PKR dan PAS yang bertembung di enam kerusi negeri dan satu kerusi parlimen Labuan.

Menurut beliau, tindakan pembangkang itu sesuatu yang bodoh dan mereka lupa sebenarnya Barisan Nasional (BN) sememangnya kuat dan tidak mudah dikalahkan sekalipun jika mereka bersatu.

"Kalau tak dapat selesaikan juga ataupun tak ada salah seorang yang menarik diri atau sebagainya boleh ucapkan selamat tinggal pada kerusi-kerusi ini.

"Dan kerusi ini akan dimenangi oleh BN lah, itulah kebodohan PAS dan PKR. Ingat nak lawan BN senang ke? Lawan dengan gergasi dan mereka pula bergaduh sesama sendiri," katanya kepada Antarapos.

Beliau mengulas perkembangan pada hari penamaan calon apabila PKR dan PAS masing-masing akan bertembung sesama sendiri di sekurang-kurangnya tujuh kerusi.
Kerusi-kerusi tersebut adalah Labuan, Sungai Acheh, Kota Putera, Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Damansara dan Panti.

Katanya lagi, pembangkang sepatutnya lebih serius dan bertolak ansur semasa pengahihan kerusi dan jangan melibatkan kepentingan peribadi mahupun parti.

"Sekiranya isu ini ditonjolkan sebagai pakatan ini satu untuk bersama dalam menentang Barisan Nasional nampaknya kalau ada tujuh kerusi bertembung begini, ini saya rasa lagi teruk dari 2008,"

"Jadi ini adalah satu petanda yang tidak baik dalam hubungan antara pihak terutamanya PAS dengan PKR," katanya.

Beliau turut membidas kepimpinan Paktan Rakyat berhubung cara merek amenguruskan calon bagi menghadapi pilihan raya yang katanya, ternyata carca marba.

"Ini boleh memecahkan undi dan sudah pastilah tujuh kerusi ini menunjukkan akan kalah, itu sahaja jawapannya," akhirinya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana