Pendirian ulama pondok perlu jadi panduan...Aminnn


KUALA LUMPUR 3 April - Umat Islam perlu menjadikan pendirian sekumpulan ulama daripada Minda Pondok yang menolak Pas sebagai panduan untuk menentukan parti yang layak memerintah negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, ketaksuban terhadap parti mesti diketepikan agar penegasan yang dibuat ulama-ulama terbabit dapat dilihat menerusi kaca mata Islam.

Menurut beliau, kumpulan yang bergelumang dalam bidang ilmu di pondok-pondok sekitar Kedah dan Kelantan itu pasti mempunyai satu kaedah yang cukup jelas sebelum mengambil pendirian untuk tidak lagi bersama Pas.

"Ulama-ulama tersebut tidak membuat pendirian secara tergesa-gesa kerana mereka telah mengambil masa yang cukup lama untuk menilai tahaluf siyasi Pas bersama DAP yang merugikan perjuangan Islam.

"Mereka mempunyai asas syarak dan akidah yang kukuh. Penegasan yang disuarakan itu bukan atas sebab politik semata-mata," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ismail mengulas kenyataan tiga ulama daripada Minda Pondok yang sebelum ini merupakan penyokong tegar Pas menolak keras parti tersebut selepas kepimpinan parti itu gagal mempertahankan kalimah Allah.

Dalam sesi temu ramah dengan media semalam, Ketua Penerangan Minda Pondok, Harun Yahya menegaskan, tindakan Pas itu amat mengecewakan umat Islam khususnya para ulama kerana parti tersebut dilihat menyokong fahaman pluralisme yang amat bercanggah dengan Islam.

Penasihat Minda Pondok, Abdullah Saamah pula berkata, tindakan Pas yang bersekongkol dengan DAP telah menggalakkan konsep pluralisme agama manakala Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz kesal dengan budaya fitnah yang amat berleluasa di dalam Pas.

Sementara itu, Pengerusi Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya meminta para penyokong Pas tidak terpengaruh dengan kenyataan sebahagian pemimpin mereka tentang hudud dan negara Islam.

Beliau memberitahu, kegagalan Pas mempertahankan agenda Islamnya terbukti apabila parti itu sanggup menerima manifesto pakatan pembangkang walaupun soal hudud dan penubuhan negara Islam tidak dinyatakan.

"Jika kita buat perbandingan, UMNO jauh lebih baik daripada Pas dalam aspek ekonomi, pentadbiran, agama, politik dan sosial," ujarnya.

Fathul Bari menjelaskan, UMNO dan Barisan Nasional (BN) juga tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan namun umat Islam seharusnya menilai kemudaratan yang lebih besar dilakukan oleh Pas terhadap agama, bangsa dan negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana