Pemimpin DAP tolak pencalonan parti...Padan Muka


ALOR SETAR: DAP terus dibelit masalah dalaman apabila Ketua Publisiti parti itu di Kedah Dr Lim Sin Keat menolak arahan pucuk pimpinan untuk bertanding di kerusi DUN Kota Darul Aman.

Sebaliknya Lim mahu Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP pimpinan Lim Guan Eng untuk terus mencalonkan penyandang kerusi itu Lee Guan Aik yang juga Ketua DAP Kedah.

Lee dikatakan mempunyai sokongan akar umbi DAP Kedah. Guan Eng dijangka membuat keputusan muktamad hari ini, kurang 24 jam sebelum penamaan calon.

Dalam pada itu bekas senator S.Ramakrishnan dijangka mendapat tiket DAP untuk bertanding di kerusi Parlimen Labis yang disandang oleh Datuk Chua Tee Yong daripada BN.

Tee Yong adalah anak Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek.

Semalam, DAP menunda keputusan menamakan calon Labis yang diintai oleh beberapa pemimpin parti itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana