Pemilihan CEC: Ambiga digesa tampil beri kenyataan berhubung tindakan Guan Eng...Tapi SPR Tak Bersih lah


KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga didesak menjawab sama ada tindakan Lim Guan Eng yang mengabaikan hak 753 perwakilan DAP untuk memilih dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu adalah tindakan yang betul atau sebaliknya.

Timbalan Pengerusi Biro Sosial dan Kebajikan MIC, Datuk R. Ramanan berkata, Ambiga tidak patut berdiam diri dalam perkara melibatkan kepentingan ramai ahli DAP yang ternyata telah dianiaya oleh Setiausaha Agung DAP tersebut.

"Kalau Barisan Nasional (BN) buat kesilapan walaupun kecil, Ambiga lantang menentang dan mengecam seluruh parti termasuklah Perdana Menteri tetapi kalau melibatkan parti pembangkang, beliau diam dan berpura-pura tidak tahu.

"Jadi, jika benar Ambiga bersifat saksama terhadap semua parti seperti yang didakwanya, beliau perlu desak Guan Eng yang melanggar Klausa 8 Para 3A Perlembagaan DAP membuat pemilihan semula CEC," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Pada 15 Disember lalu, sebanyak 753 perwakilan DAP tidak hadir dalam sesi pemilihan CEC kerana tidak menerima sebarang notis oleh Guan Eng atas sebab kononnya kesemua mereka bukan penyokong beliau.

Keputusan pemilihan CEC pada hujung tahun lalu itu menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih tetapi selepas 19 hari, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjadualan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politiknya, Zairil Khir Johari sebagai salah seorang anggota CEC.

Tambah Ramanan, Ambiga harus bersikap jujur kerana beliau pernah mendakwa berlaku adil terhadap semua parti.

"Cakap beliau langsung tidak boleh dipercayai kerana hakikatnya dalam setiap ceramah, beliau mesti diiringi atau paling tidak, akan ada wajah-wajah wakil pembangkang.

"Ini semua adalah bukti jelas menunjukkan eliau bekerjasama dengan pembangkang iaitu memberikan laluan kepada mereka untuk melaksanakan politik kotor," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana