PAS Tiada Modal, Guna Agama Tarik Undi


LUMUT 10 April - Golongan Melayu dan Islam terus diperdaya pemimpin PAS ekoran parti tersebut terus-menerus menggunakan agama bagi memperoleh sokongan dan undi pada PIlihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa kononnya pengundi akan diberi ganjaran daripada Alllah sekiranya mengundi PAS pada PRU13 ekoran ianya merupakan ibadah."Saya minta supaya jadikan hari mengundi yang tidak lama lagi sebagai satu ibadah yang besar. Maknanya, jadikan pilihan raya kali ini pilihan raya yang kita akan dapat pahala dengan pangkah Pakatan Rakyat."

"Dengan kalimah bismillahirrahmaninirrahim, pangkah Pakatan Rakyat semata-mata hendak hancurkan kezaliman dan tegakkan kebenaran," katanya pada ceramah di Kampung Permatang semalam.PAS yang dilihat semakin terpesong seringkali mengeluarkan fatwa pelik sejak kebelakangan ini seperti solat orang UMNO tidak mendapat pahala dan pembinaan Masjid oleh orang UMNO hanya untuk mendapatkan kontrak sepertimana yang dikatakan oleh Mursyidul Am parti tersebut Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada majlis yang sama Pesuruhjaya PAS Perak cuba untuk mengembalikan imej parti dalam menegakkan Islam ekoran PAS tidak lagi memperjuangkan negara Islam tetapi negara berkebajikan."Cuma kita alih nama sahaja, negara Islam kepada negara berkebajikan dan itulah pengisiannya."Saya hendak minta rakyat dinaungi pemimpin yang adil dan undang-undang yang telus kerana undang-undang sekarang tidak berdasarkan undang-undang yang adil," katanya lagi

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana