PAS tersepit dicelah isu video...Mat Sabu kena tabik spring pada Khairul Fahmi


Setelah berdepan dengan kontroversi isu Kalimah Allah,yang menghakis teruk imej PAS, orang kuat Dewan Pemuda PAS Pusat,Khairul Fahmi Mat Som layak mendapat tabik spring dari Mohamad Sabu.

Bayangkan Timbalan Presiden PAS itu sendiri tidak berani cakap lancang macam Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda PAS Pusat itu dalam usaha untuk  ' mengsucikan' Datuk Seri Anwar Ibrahim dari rangkaian pendedahan video seks.

Hebat...kalau kesucian nama Nabi Muhammad SAW boleh diheret ke dalam kancah untuk menyelamatkan orang yang diragui integriti dan moralnya.

Dimana agaknya letak akal budak PAS ini bila gatal tangan kata "Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ini, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan...jahanam UMNO." di twitternya pada 27 Mac.

 Paling tidak Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang tidak lama dulu setakat berani mengeluarkan 'fatwa' bodoh kata video adalah besi dan tidak boleh dijadikan bukti.

Siapa agaknya yang bakal jahanam kerana gelagat nak tunjuk pandai dan berlagak jadi wira tak kena tempat ini.
 
Reaksi semakin mengelegak di kalangan masyarakat Islam negara ini  terhadap tweet Khairul Fahmi kerana dianggap ia perbuatan yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana