PAS Johor: Video seks Nabi ditujukan kepada Umno...Inilah bangangnya Puak PAS Ni


JOHOR: PAS terus mempertahankan kenyataan Penolong Setiausaha I Pemuda PAS, Khairul Fahmi Mat Som bersabit kenyataan beliau kononnya Umno sanggup membuat video seks Nabi Muhammad SAW.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kajat mendakwa kenyataan Khairul itu ditujukan kepada Umno dan bukan bertujuan menghina Rasullah.

"Dia bukan soal menyamakan Nabi Muhammad, di zaman Nabi ada penentang-penentangnya waktu itu, jadi maknanya penentang waktu itu melakukan pelbagai perkara yang memburukkan Rasulullah ketika itu.

"Dan bagi saya Khairul Fahmi itu tidak memburukkan Nabi tetapi dia menceritakan tentang sifat buruk UMNO, itu sahaja," katanya kepada Antarapos ketika ditemui malam tadi.

“Penjelasan” Suhaizan itu bagaimanapun tidak mengupas  keperluan Pas menggunakan Nabi Muhammad dan video seks sebagai contoh untuk memburukkan Umno.

Suhaizan juga  cuba menggambarkan bahawa  penyokong Umno sebagai orang kafir yang  sanggup menfitnah Rasullah.

Terdahulu Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan Tantawi turut mempertahankan kenyataan Khairul bahawa kononnya ia hanya ditujukan kepada UMNO.

Khairul dipetik berkata dalam Twitter bahawa "Kalau Nabi Muhammad saw masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun Umno akan keluarkan...... Jahanam Umno".

Tindakan Khairul itu menimbulkan rasa tidak puas hati banyak pihak yang mahukan beliau diambil tindakan segera.

Menurut Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Aidit Ghazali, Kementerian Dalam Negeri dan agensi Islam berkaitan harus mengambil tindakan terhadap Khairul yang jelas menghina Rasullah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana