PAS ditubuhkan bukan sebab Islam: Tun M


SHAH ALAM: Penubuhan asal Parti Islam Se-Malaysia (PAS) didorong oleh rasa kecewa pemimpin terdahulu parti tersebut yang mahukan jawatan tertinggi dalam pentadbiran negara.

Mendedahkan perkara tersebut, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ulama-ulama Umno pada ketika itu kecewa apabila Tunku Abdul Rahman tidak melantik mereka dalam majlis legislatif dan majlis negeri.

Justeru katanya mereka berpendapat dengan menubuhkan parti sendiri akan mengatasi Umno selain menggunakan Islam sebagai daya tarikan di kalangan pengundi Melayu.

"Kecewa tidak dapat jawatan maka lahirnya PAS, bukan kerana Islam sebab sebenarnya dia boleh berjuang mengenai Islam dalam parti Umno dan memang pun apabila dia berada dalam Umno kita berjaya lawan British dan kita berjaya," katanya dalam satu wawancara bersama Mingguan Malaysia, hari ini.

PAS ditubuhkan dengan nama asal Persatuan Ulama Se-Malaya pada 1951 dan menyertai Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan.

Bagaimanapun pemimpin PAS ketika itu, Ahmad Fuad Hassan mendakwa kedudukan ulama ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan dan kemudiannya menubuhkan PAS.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata PAS kini dalam keadaan terdesak untuk memerintah negara berikutan kerjasama parti Islam itu bersama DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat.

Menurutnya, tindakan PAS itu ibarat 'menjilat ludah kembali' apabila mereka pernah mengeluarkan fatwa haram untuk bekerjasama dengan orang bukan Islam.

"Jadi sekarang kerana nak jadi pemerintah, mereka terpaksalah bekerjasama dengan orang bukan Islam. Inilah yang dikatakan kalau kamu kafirkan orang lain mungkin kafir itu kembali kepada kamu," katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menyelar tindakan politik kotor PAS yang cuba memecah belahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Katanya, umat Islam di negara ini perlu mengambil iktibar daripada negara Timur Tengah yang berpecah belah akibat menganut fahaman agama Sunni dan Syiah.

"Di sini kita semua ahli Sunnah Wal Jamaah tetapi mengapa PAS timbulkan isu mengkafir ini sehingga memecah-belahkan orang Islam. Ini perbuatan yang berdosa," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana