Pas Bersikap Asyobiyah Berhubung Isu Video Seks Mustapa Ali


KUALA LUMPUR, 15 April – Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil membidas sikap Pas yang menuduh UMNO terlibat dalam isu skandal video seks Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapa Ali secara semberono tanpa mengemukakan sebarang bukti yang kukuh.Menurut beliau, inilah sikap kepimpinan Pas sejak dari dulu yang terdesak untuk melindungi kesilapan pemimpin tertingginya dengan cuba mengaitkan UMNO yang menjadi dalang dalam isu video skandal seks tersebut.

“Inilah sikap asyobiyah Pas. Sepatutnya Pas buat laporan polis dan serahkan pada pihak berkuasa untuk melakukan penyiasatan. Dan jika Datuk Mustapa tidak bersalah, buat satu sidang akhbar dan buktikan beliau bukan lelaki di dalam video seks tersebut.

“Ini tidak, balik-balik salahkan UMNO. Pemimpin mereka yang buat salah laku, UMNO juga yang dipersalahkan. Nampak sangat Pas terdesak cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat dengan meletakkan kesalahan pada UMNO, biarpun pemimpin mereka sendiri yang lakukan kesalahan moral tersebut.Beliau seterusnya berkata, sekiranya benarlah ahli atau kepimpinan UMNO terlibat dalam pengedaran atau tayangan video seks tersebut, beliau yakin pemimpin atau ahli UMNO tidak akan bersikap baling batu sembunyi tangan.

“Sebagai contoh, apabila Tan Sri Rahim Thamby Chik terlibat dalam pendedahan video seks Ketua Pembangkang, beliau dengan berani membuat pengakuan dan bertanggungjawab di atas perbuatannya itu.

“Kita tidak sorok-sorok seperti lagak orang penakut. Jika kita buat, maka secara ‘gentleman’ kita akan bertanggungjawab. Ini cara kita. Sebab itu saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan UMNO dalang penyebaran video seks tersebut,” tegasnya.Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pendedahan video tersebut direncanakan oleh individu atau sekumpulan yang datangnya dari Pakatan Pembangkang itu sendiri.

“Ini juga tidak mustahil. Mungkin ada sikap atau pendirian Datuk Mustapa yang tidak disenangi oleh segelintir individu di dalam Pakatan Pembangkang, lalu mereka cuba untuk mencemarkan imej beliau.

“Apatah lagi kalau kita lihat senario hari ini, terlalu banyak pertelingkahan dan pertelagahan sesama mereka sendiri di dalam Pakatan Pembangkang, terutama dalam isu pembahagian kerusi untuk PRU ke 13 ini. Tidak mustahil, ianya adalah angkara dari Pakatan Pembangkang sendiri untuk menajtuhkan kredibiliti Datuk Mustapa,” ujarnya.

Apa pun juga teori dan pandangan menurut beliau, Pas seharusnya menyerahkan isu skandal seks ini kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.“Saya yakin, pihak berkuasa akan menjalankan penyiasatan secara telus tanpa ada prejudis. Bila kita dah serahkan pada pihak berkuasa, tunggulah apa keputusannya. Janganlah belum apa-apa, tanpa sebarang bukti, tuduh kita pula (UMNO) yang jadi dalang.

“Ini jelas memperlihatkan sikap Pas yang tidak rasional dan matang yang cuba mempertahankan pemimpinnya yang mempunyai masalah moral, lalu segala kesalahan tersebut cuba dipindahkan kepada UMNO dengan mendakwa kita sebagai dalang dan sebagainya untuk mengelabui mata rakyat,” jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana