'Parasit politik' ke Selangor..Kali Ini Jatuh lah PR


Pembangkang tiada kata sepakat, ada unsur nepotisme

Tanjung Karang: Selangor kini menjadi tumpuan 'parasit politik' yang sudah ditolak rakyat negeri lain, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar.
Katanya, kedatangan mereka itu yang sebelum ini bertanding di luar Selangor juga memberi gambaran pakatan pembangkang tidak mempunyai anak tempatan berkaliber untuk diletak sebagai calon.
Sudah tiba masanya rakyat di Selangor membuka mata mereka melihat wujudnya istilah yang boleh dikatakan lebih dari unsur kronisme iaitu nepotisme” Noh Omar, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor
Beliau berkata, jika dulu ada khabar angin menyatakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding di Selangor, kini isterinya merangkap Presiden parti itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula mahu mencuba nasib di negeri ini.

“Nampaknya seluruh ahli keluarga mereka akan memenuhi Selangor dan sudah tiba masanya rakyat di Selangor membuka mata mereka melihat wujudnya istilah yang boleh dikatakan lebih dari unsur kronisme iaitu nepotisme,” katanya kepada pemberita, semalam.

Jumaat lalu, akhbar melaporkan, Dr Wan Azizah mengakui ada kemungkinan beliau akan bertanding merebut kerusi DUN di Selangor pada PRU-13.

Wan Azizah bagaimanapun berkata, setakat ini belum ada kata putus di mana beliau akan bertanding kerana parti masih mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara itu. Noh berkata, Selangor menjadi kuat hasil usaha gigih rakyat Selangor dan selepas Selangor menjadi maju, ramai pihak yang ingin menumpang kejayaan negeri ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana