Panas!!!! Pil Kuda: Hadi Awang Hina Calon PKR.


Hina betul calon-calon PKR di mata Presiden PAS, Abdul Hadi Awang apabila pertindihan calon yang berlaku di antara PAS dan PKR diibaratkan sebagai usaha PAS untuk menghalang kemasukan syaitan dalam PR.

Maknanya, kat mana sahaja yang wujud pertindihan, ia berlaku kerana PAS nak halang syaitan. Syaitan juga yang disalahkan, sifat tamak kerasukan syaitan dalam hati pemimpin PAS, tak pula nak diceritakannya.

Lebih teruk lagi Hadi menuduh ada calon PKR yang menjadi pengedar pil kuda dan tidak boleh dipercayai, kononnya dibimbangi akan menyebabkan peristiwa lompat di Perak akan berulang. Sama sendiri tiada keyakinan dan saling mencurigai, macam mana la gamaknya nak memerintah Kerajaan Pusat?

Peliknya Hadi tak cerita kenapa baru sekarang PAS mempertikaikan kredibiliti calon PKR di 5 – 7 kawasan, padahal sebelum penamaan calon ada waktu beberapa hari untuk merundingkan pertukaran calon PKR yang tak disenangi PAS.

Mudah betul PAS menyalahkan rakan sepakatan untuk menyembunyikan sifat tamak diri sendiri. Macam ni punya gaya, agak-agak kalau diberi mandat memerintah negara, mahu huru-hara dibuatnya.

Dengan penjelasan oleh Hadi ini, satu perkara dapat disahkan – PAS memang jenis suka tikam belakang kawan dan hubungannya dgn PKR sentiasa dibayangi kecurigaan sesama sendiri.

Comments

tokgaru said…
Betul kah itu gambar Hadi Awang ? Kena siasat betul2 ? Takut yang dalam video tu bukan Hadi Awang sebenar tetapi adalah klon Hadi Awang atau mungkin itu video super imposed.

Tak kan Hadi Awang tergamak nak palit arang pada muka Anwar Ibrahim ? Tak kan Hadi Awang nak menghina credibili Anwar Ibrahim sebegitu teruk ?

Musuh politik PR boleh buat macam2 untuk melagakan Pas dengan PKR. Video Anwar main dengan china doll, cerita2 liwat Anwar, Video seks Mustafa Ali .. itu semua fitnah yang direka oleh musuh politik Pas dan PKR. Dan lagi semua video itu adalah " besi " yang tidak boleh diterima sebagai barang bukti dalam mahkamah.

Kita jangan mudah telan apa saja yang dihidangkan. Saya yakin dalam video itu bukan Hadi Awang. Saya syak ianya mungkin Klon Hadi Awang atau boleh jadi Super Imposed.

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana