PAnas!!!!! Papagomo lancar manifesto lawan Anwar malam ini...


Hingga saat ini belum dengar khabar bahawa Papagomo berganjak dari hajatnya hendak berentap sebagai calon bebas lawan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh pada PRU13.

Jika begitu,yang pasti akan berlaku pertembungan tiga penjuru antara blogger sensasi ini dengan Anwar dan calon BN Dr Mazlan Ismail.

Ikut ceritanya Papagomo yang didokong penuh oleh NGO Nadi Rakyat pimpinan Rafi Awang Kecik sedang mengatur persiapan rapi menjelang penamaan calon pada Sabtu 20 Mei ini.

Ini termasuk mengadakan satu manifesto khas untuk Papagomo.

Agendadaily diberitahu manifesto berkenaan akan dilancarkan oleh Musyridul Am TIBAI,Zahid Md Arip dalam satu majlis di Kuala Lumpur malam ini.

Setakat ini belum ada sebarang maklumat mengenai akujanji yang akan digariskan dalam manifesto berkenaan.

"Tunggulah...bila dilancar nanti," kata Rafi ketika dihubungi tengahari Rabu.

Isnin 8 Mei lalu,Rafi telah mengambil borang pencalonan atas nama Wan Muhammad Azri yang didakwa sebagai Papagomo dalam saman Anwar terhadap blogger itu baru-baru ini.

Kata Rafi Papagomo sebenar akan muncul di Permatang Pauh nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana