Op Daulat : Sembilan Lokasi Pertempuran Kini Selamat


LAHAD DATU 2 Mac - Operasi menggeledah mencari dan menumpaskan pengganas Sulu di sembilan kampung yang menjadi medan pertempuran dengan anggota keselamatan kini disahkan bersih daripada ancaman pengganas.

Proses pemindahan penduduk kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib kini giat dijalankan kecuali di Kampung Tanduo yang masih lagi ditutup.

"Penduduk dari Kampung Sungai Nyamuk, Tanjung Batu, Tanjung Labian dan Tanagian yang ditempatkan di pusat penempatan sementara telah mula dipindahkan ke kampung masing-masing."

"Malah kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani juga telah selesai digeledah dan dibersihkan, dengan itu, boleh dikatakan seluruh kawasan Operasi Daulat telah bersih dan orang kampung juga telah dibenar untuk kembali ke rumah masing-masing," katanya kepada media di Felda Sahabat 16, semalam.

Tambahnya lagi, pusat penempatan sementara di Fajar Harapan, Cenderawasih dan Gemala Pura sudah ditutup kecuali di Embara Budi yang menempatkan penduduk yang mengalami kerosakan rumah yang teruk.

Katanya, Op Daulat akan terus dijalankan sungguhpun penduduk telah pulang ke rumah masing-masing kerana objektif operasi tersebut adalah bagi memastikan seluruh kawasan Lahad Datu, Semporna dan Sandakan benar-benar selamat.

Dalam pada itu, Hamza turut menjelaskan lapan individu yang ditahan pihak berkuasa dalam Op Daulat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 didakwa di mahkamah sementara di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

"Sehingga kini, 16 orang yang ditahan di bawah Sosma telah dituduh di mahkamah," katanya.

Beliau yang turut mengulas laporan media Filipina yang mendakwa terdapat 100 individu memasuki perairan Sabah bagi memeberi bantuan kepada baki pengganas Sulu menjelaskan Sabah kini dalam keadaan selamat.

"Mereka boleh mengatakan apa sahaja tetapi saya telah nyatakan bahawa keselamatan di negeri Sabah adalah  terjamin," ujar Hamza lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana