Nik Aziz: Umno-BN tadbir ala komunis..Ini Ker Cara Bercakap?


SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mendakwa kerajaan Umno-Barisan Nasional mengamalkan pemerintahan ala komunis apabila kerajaan negeri pimpinannya iaitu Kelantan dinafikan hak daripada sebarang publisiti media kerajaan.

"Kami kerajaan di Kelantan, kami tak pernah diberi ruang di radio, TV. Ini bukan demokrasi, ini komunis," katanya pada program Bicara Cinta Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pelancaran buku Bicara Ini Demi Ilahi terbitan Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.Dalam ucapannya, Nik Aziz mengingatkan kepada rakyat Kelantan supaya pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Tanya Diri dulu adakah selama ini Kerajaan PAS kelantan berterima Kasih kepada kerajaan Pusat?Semuanya dikutuk,dihina dan pelbagai lagi gambaran kepada UMNO.Lihatlah sendiri sebagai contoh yang terdekat...kerajaan Negeri kerajaan PAS kelantan boleh menyita Pondok Guru Agama semata mata fahaman politik berbeza.Itu ker Perjuangan PAS...jangan pandai saja cakap,Lihat dan cermin diri dulu sebelum berkata.Siapa yang kejam ni yang sebenar?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana