Nik Aziz Perlu Letak Jawatan - Hasan Ali Berani Kerana Benar


PETALING JAYA 11 April - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seharusnya meletakkan jawatannya atas faktor usia yang mencecah 83 tahun dan kesihatannya yang tidak menentu.

Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali, berkata Mursyidul Am Pas itu akan meletakkan jawatan sekiranya Tun Dr. Mahathir berhenti, namun sehingga kini tindakan tersebut tidak diambil.

"Janji dia (Nik Aziz) bila Tun Dr. Mahathir Mohamad turun (berhenti) dia pun bersedia untuk turun dan kini setelah Tun Dr. Mahathir turun sekian lama, dia bukan sahaja tidak turun malah berhajat (diminta oleh penyokong pas) untuk terus bertanding.

"Bagi Pas terutama di Kelantan tanpa Nik Aziz kekuatan Pas itu tidak dapat disatukan. Bagi Pas di Kelantan Nik Aziz merupakan pencetus rangsangan untuk meraih kemenangan bagi Pas mempertahankan setelah memerintah di Kelantan," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media di kediamannya hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Nik Aziz yang akan bertanding di kerusi DUN Chempaka dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kali ini.

Tambahnya, Nik Aziz sendiri menyatakan hasratnya untuk bertanding dalam PRU kali ini walaupun ketika ini banyak kenyataan Nik Aziz dilihat tidak konsisten.

"Kerelaan Nik Aziz sendiri yang merelakan dirinya untuk bertanding walaupun dia tahu dia tidak sihat dan beberapa perkara lain yang dia tidak konsisten," ujarnya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengesahkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertanding mempertahankan kerusi DUN Chempaka dalam PRU ke-13 (PRU13) sekali gus memberi gambaran yang beliau kemungkinan besar kekal menteri besar.

Mustafa memberitahu pemimpin tertinggi parti itu akan kekal di kawasan yang dipegang sejak 1995.

“Ya… (Nik Aziz) kekal, kawasan dia memang Cempaka,” katanya.

Pengesahan itu sekali gus menunjukkan Nik Aziz akan terus memimpin kerajaan negeri Kelantan jika Pas mengekalkan kemenangan dalam PRU13.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana