Nik Aziz dinasihat jaga status sebagai MB...Rasanya Hebat dan Bijak Pandai Inilah Padahnya Sesuka Hatinya


KUALA LUMPUR:  Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digesa tidak terus menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengelirukan.

Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, Nik Abdul Aziz juga sewajarnya menjaga status beliau sebagai seorang Menteri Besar, pemimpin tertinggi sebuah kerajaan negeri dan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa berjuang untuk menyatupadukan rakyat Malaysia, namun pemimpin PAS pula bertindak sebaliknya dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan tidak sihat serta boleh memecah-belahkan umat Islam.

"Saya berharap Menteri Besar (Nik Abdul Aziz) tarik balik kenyataan itu supaya membetulkan balik keadaan di peringkat bawahan. Ingatlah dan sedarlah sebagai pemimpin berjawatan tertinggi di Kelantan, jangan sewenang-wenang dan sesuka hati keluarkan kenyataan sebab rakyat mendengar dan sudah tentu ia boleh memberi kesan negatif kepada rakyat dan negeri Kelantan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana