Nik Aziz berkhidmat sehingga ‘hujung nyawa’ Siapa yang Giler Kuasa Ni?


KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menghiraukan desakan supaya beliau meletakkan jawatan tetapi sebaliknya akan terus berkhidmat sehingga ke ‘hujung nyawa’.

“Selagi saya bernafas saya akan terus pegang jawatan dan memainkan peranan saya dalam membentuk Islam,” katanya kepada media semalam menjawab pelbagai desakan termasuk mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau berundur.

Ketika pelbagai pihak mempertikaikan kemampuan beliau untuk terus mentadbir Kelantan, Nik Aziz  terus mengulangi kenyataan akan tetap bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagaimana sebelum ini.

“Masalah siapa yang akan menjadi menteri besar selepas PRU13 nanti itu masalah kedua, tetapi saya akan terus bercakap dalam Islam,” katanya.

Bulan lalu, Nik Aziz juga menyatakan beliau akan berundur sekiranya parti tidak memerlukan beliau lagi, manakala PRU13 pula Pas Pusat telah membuat keputusan wajib bertanding.Sementara itu, ditanya siapa calon yang paling sesuai untuk menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara pada PRU13 nanti, Nik Aziz menegaskan, paling penting individu itu adalah Islam.

Untuk rekod pada PRU12 keputusan menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar iaitu 4,249 dengan mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar di Dun Chempaka.Pada tahun 2008 Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) telah menganugerahkan  beliau sebagai  menteri besar yang memiliki rekod  paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan.

Selain itu, sebagaimana kenyataan Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan, Nik Abdul Aziz mengakui beliau sememangnya bukan pemegang kunci pintu syurga  sehingga boleh menilai dosa dan pahala seseorang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana