NGO bidas DAP kerana sifatkan Ghani rasis...Inilah Bangangnya DAP ni


GELANG PATAH: Beberapa pertubuhan dan pemimpin masyarakat Cina tampil mempertahankan Menteri Besar Datuk Ghani Othman dan membidas cubaan DAP menggambarkan beliau sebagai rasis.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ahli Jawatankusa Eksekutif Pusat parti S. Kulasegaram membuat dakwaan itu dalam cubaan meraih undi Cina dan kaum India di Parlimen Gelang Patah.

Malah Kulasegaran dipetik berkata Ghani adalah rasis kerana beliau adalah ahli Umno dan jiwanya bersikap perkauman.

Kit Siang pula membawa mesej dalam ceramah-ceramah yang majoritinya hadirin Cina, bahawa Ghani adalah pemimpin ala PERKASA dan sebarisan dengan Ibrahim Ali.

Ketua MCA Gelang Patah, Jason Teoh berkata pengundi Johor arif dengan rekod Ghani sebagai Menteri Besar yang banyak berbakti kepada pengundi Cina dan sentiasa rasional dalam segala dasar.

Dalam kawasan saya sahaja, Ghani memberikan empat bidang tanah untuk membina sekolah rendah Cina dengan jumlah pelajar 10,000,” kata beliau.

"Ghani juga memberikan hak milik tanah kepada 219 penduduk Kampong Poh Chee Leng di Gelang Patah. Saya tidak perlu komen tuduhan DAP bahawa Ghani rasis. Pengundi yang bijak harus tahu jawapannya," kata beliau.

Presiden Persatuan Tiong Hua Johor Baru menyifatkan menteri besar itu sebagai seorang yang amat disukai oleh pengundi Cina dan bersedia membantu semua orang.

Ghani memberitahu pemberita, beliau sendiri terkejut dengan dakwaan-dakwaan Kit Siang ketika menjelang kempen PRU 13 memasuki minggu kedua.

“Terus terang, saya nyatakan saya terkilan dengan tuduhan-tuduhan ini. Kenapa mereka (DAP) begitu zalim. Sudah 18 tahun saya menjadi menteri besar dan sepanjang tempoh itu saya berlaku adil kepada setiap warga Johor tanpa mengira kaum atau latar belakang mereka,” jelas beliau.

Gelang Patah menyaksikan pertarungan dua penjuru di antara Kit Siang dan Menteri Besar Johor Ghani Othman.

Ghani menawarkan diri untuk bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina itu untuk menangkis apa yang dilihat beliau sebagai cubaan DAP “mengimport” politik perkauman ke negeri itu.

Gelang Patah mempunyai komposisi pengundi campuran dengan 54 peratus pengundi Cina, diikuti Melayu 33 peratus, dan India 12 peratus.

Pada pilihan raya umum 2008, BN menerusi calonnya Tan Ah Heng daripada MCA memastikan kerusi Parlimen Gelang Patah kekal biru apabila mengalahkan calon PKR SK Song dengan lebih 8,000 undi majoriti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana