Nepotisme: Parti pembangkang lain patut ikut keputusan Anwar

TANJONG KARANG: Parti DAP wajar mengikut keputusan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesahkan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, merangkap presiden PKR, tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, pendirian sama perlu diambil oleh DAP kerana alasan Anwar berbuat demikian adalah sebagai respons kepada amalan nepotisme dalam parti itu.
"Nepotisme dalam parti pembangkang ini sudah lama wujud, memang parti anak beranak. Selain PKR yang diterajui suami isteri serta anak, DAP juga sama anak beranak serta menantu memegang jawatan dalam parti," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TRIM) daerah Kuala Selangor, di sini hari ini.

Anwar, dalam temubual secara langsung dengan stesen televisyen Al-Jazeera semalam, mengumumkan bahawa isterinya tidak akan bertanding pada PRU ke-13.Noh mendakwa amalan nepotisme sebenarnya telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan anggota parti pembangkang sehingga ada yang bertindak keluar dari parti.

Selain Anwar dan Dr Wan Azizah, anak sulung mereka Nurul Izzah juga adalah Naib Presiden PKR. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana