Najib Berterima Kasih Atas Sokongan Ibu Dan Keluarga



KUALA LUMPUR: Dalam kesibukan melalui hari penamaan calon hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada bondanya Tun Rahah Mohamad Noah serta keluarga atas sokongan mereka kepadanya.

"Terima kasih bonda Tun Rahah Mohd Noah dan ahli keluarga atas sokongan yang benar-benar menyuntik semangat saya," kata Perdana Menteri dalam mesej Twitternya.

Dalam mesej itu, Najib turut menampilkan gambar beliau bersama ibu, isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta dua anaknya Nooryana Najwa dan Norashman Razak.

Turut kelihatan dalam gambar yang diambil ketika mereka berarak menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang pagi tadi ialah dua adik lelaki Najib - Datuk Seri Nazir dan Datuk Mohamed Nazim.

Dalam satu lagi status Twitternya, Najib menyiarkan mesej bergambar yang menunjukkan beliau sedang mengambil foto pencabarnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fariz Musa, menggunakan telefon bimbit.

Pada gambar itu Najib mencatat kata-kata: "In rivalry, there is friendship and civility. May our journey these next few weeks be smooth." (Dalam persaingan ada persahabatan dan peradaban. Semoga dipermudahkan perjalanan kita dalam beberapa minggu ini)

Dalam mesej Twitternya yang terdahulu, Najib turut berkata: "Saya akan pertahankan kerusi Parlimen Pekan dan insya-Allah saya akan terus berusaha untuk berkhidmat dengan baik."

Semasa beliau membuat lawatan ke Pusat Daerah Mengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya dan DUN Pulau Manis yang terletak dalam kawasan Parlimen Pekan selepas proses penamaan calon selesai, Najib turut menyatakan dalam Twitternya: "Alhamdulillah persiapan pilihan raya berjalan lancar." Twitter Najib yang terbaharu memaklumkan yang beliau malam Sabtu akan menghadiri jamuan makan malam bersama rakyat di Klang, Selangor.

Lega rasanya selepas sibuk melawat banyak pusat daerah mengundi hari ini, katanya.Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), akan mempertahan kerusi Parlimen Pekan yang disandangnya sejak 1976.-BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana