Mustafa mahu saman Husam...Ini Kes Berat Ni..Husam Terdesak Kot


KOTA BHARU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed tidak teragak-agak untuk mengemukakan tindakan saman terhadap Exco PAS Kelantan, Datuk Husam berhubung fitnah yang dibuatnya pada 23 Mac lalu sekiranya beliau enggan memohon maaf.

Mustapa berkata, tuduhan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan itu bahawa beliau telah memberikan secara percuma 400 lot saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) kepada setiap Ketua UMNO bahagian di negeri ini, tidak bertanggungjawab dan telah menjatuhkan maruah dirinya sebagai seorang menteri.

Jelas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, beliau telah berbincang dengan peguamnya dan akan mengemukakan notis tuntutan permohonan maaf dalam waktu terdekat serta memberi Husam tempoh 48 jam untuk memohon maaf.

Selain Husam katanya, turut diminta memohon maaf ialah akhbar rasmi PAS edisi online, Harakah Daily, ketua pengarang dan pengarangnya.

"Saya memimpin MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) selama empat tahun, saya telah membuat yang terbaik dan saya menafikan sekeras-kerasnya saya bahagi kepada setiap Ketua UMNO bahagian Kelantan 400 lot saham FGVH secara percuma.

"Ini fitnah, saya tak bahagi dan tak bahagi secara percuma. Tindakan selanjutnya adalah bergantung kepada respon daripada pihak-pihak yang kita hantar surat (tuntutan permohonan maaf) tersebut.

"Kalau saya bersalah dan membuat sesuatu yang tidak baik sudah tentu saya tidak layak untuk memimpin MITI. Jadi ini telah menjejaskan imej dan kredibiliti saya, berat perkara ini dan bukannya ringan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana