Mukhriz,Khaled dan Mustapha tanding kerusi DUN - buka laluan jadi MB


Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam – adalah dua nama yang hampir pasti melepaskan kerusi DUN sekaligus menimbulkan teka teki siapa bakal menggantikan mereka menerajui kedua-dua negeri.

Turut jadi tumpuan dan tanda tanya siapa bakal dipilih Menteri Besar Kedah dan Menteri Besar Kelantan sekiranya BN berjaya menawan semula negeri itu daripada kerajaan PAS.

Agendadaily difahamkan  Abdul Ghani akan menggalas cabaran besar dengan bertanding kerusi Parlimen Gelang Patah untuk berdepan veteran DAP, Lim Kit Siang yang berpindah dari kerusi Parlimen Ipoh Timur.

Beliau yang sebelum ini mewakili DUN Serom dianggap calon paling layak dan mempunyai peluang cerah menamatkan ‘karier politik’ Penasihat DAP itu.

MCA sudahpun memberi laluan dan melepaskan kerusi berkenaan walaupun calon parti itu,  Tan Ah Eng menang dengan majoriti 8,851 undi menewaskan calon PKR Dr Zaleha Mustafa pada 2008.

Dengan perubahan itu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dikatakan akan bertanding kerusi DUN bagi membolehkan beliau dilantik Menteri Besar menggantikan Abdul Ghani.

Walaupun nama Ahli Parlimen Pasir Gudang itu sudah beberapa kali disebut-sebut bakal dilantik Menteri Besar termasuk pada PRU 12, tetapi pada kali ini, nampaknya ia akan menjadi.

 Ikut ceritanya Khaled akan bertanding kerusi DUN Permas Jaya juga dalam Parlimen Pasir Gudang yang sebelum  ini diwakili MIC melalui M.Munusamy yang menang PRU 2008 dengan majoriti 2,018 undi.

Munusamy mendapat 13,878  manakala calon PAS Syed Othman Syed Abdullah 11,860

 Di Melaka pula, Mohd Ali yang sebelum ini sudah menyatakan kesediannya bertanding kerusi Parlimen pada PRU 13 juga membuka jalan kepada pelantikan seorang Ketua Menteri baru.

 Setakat ini, nama yang paling hangat disebut-sebut ganti beliau adalah ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron.

 Bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu dijangka bertanding salah satu daripada empat kerusi DUN  dalam parlimennya.

 Ada juga sumber mengatakan Idris mungkin bertanding di DUN Duyong dalam parlimen Kota Melaka.

Ali pula dikatakan akan bertanding kerusi parlimen Bukit Katil dimana beliau akan berentap dengan Ketua AMK PKR Shamsul Iskandar Md Akin.

 Di Kedah pula, timbalan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Muhkriz Mahathir dijangka bertanding kerusi DUN Ayer Hitam – sekaligus menjawab teka teki siapa bakal dilantik Menteri Besar jika Kedah ditawan kembali oleh BN.

 Menariknya, beliau tidak memilih kerusi Kota Siputeh yang dimenangi calon BN  Datuk Abu Hassan Sarif dengan majoriti 1,573 undi pada 2008.

Sebaliknya, Mukhriz sedia mengambil risiko bertanding di kerusi Ayer Hitam – kerusi yang BN kalah dengan perbezaaan majoriti 506 undi.

Pada PRU12 kerusi itun ditandingi oleh Othman Aziz,calon BN yang dapat 10,146 undi manakala calon PAS Abdul Ghani Ahmad yang menang dapat 10,652 undi.

Memandangkan sebelum ini Mukhriz menang di kerusi Parlimen Jerlun, peluangnya menawan kerusi Ayer Hitam yang juga dalam parlimen sama amat cerah.

Mukhriz menang kerusi Parlimen Jerlun setelah mendapat 19,424 undi.Calon PAS yang tewas Idria Ahmad dapat 17,219 undi yakni perbezaan majoriti 2,205 undi

Pada 2008, BN terlepas negeri Kedah apabila hanya memperolehi 14 kerusi DUN berbanding pembangkang yang memenangi 21 kerusi dan Bebas satu.

Di Kelantan pula, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bukan sahaja akan mempertahankan kerusi Parlimen Jeli tetapi akan bertanding di DUN Air Lanas.

Ini dilihat sebagai persediaan untuk melantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu sebagai Menteri Besar jika BN berjaya merampaskan semula Kelantan yang sudah ditadbir kerajaan PAS lebih 22 tahun.

Pada 2008, kerusi DUN Air Lanas dimenangi calon PAS Abdullah Yaakub dengan menewaskan calon BN Dr Azmi Setapa dengan majoriti 795 undi.

Sementara itu, walaupun ada spekulasi Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dikatakan juga
 akan berpindah ke Pusat tetapi difahamkan mereka masih diberi kepercayaan menerajui negeri masing-masing.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad said juga dilaporkan kekal.

Cuma kedudukan Menteri Besar Perlis Datuk Seri  Md Isa Sabu agak samar kerana ada mengatakan beliau digugurkan daripada sebarang pencalonan sama ada kerusi Parlimen mahupun DUN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana