Minda Pondok Ajak PAS Debat Isu Mengkafir...


BESUT - Majlis Pondok-Pondok Kelantan sekali lagi menyuarakan pendirian mereka untuk berdebat dengan pimpinan PAS ekoran isu mengkafir dan fatwa pelik oleh parti tersebut menyebabkan kekeliruan dari kalangan umat Islam.

Menurut Pengerusi Majlis tersebut, perdebatan bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat atau Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang penting kerana pengikut PAS menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan PAS sebagai fatwa.

"Dah dua tahun sejak tahun 2011 saya mengajak pemimpin Pas terutama Nik Aziz Nik Mat mengadakan debat tetapi mereka langsung tidak menyambut pelawaan kami malah terus mengeluarkan pelbagai fatwa mereka sendiri dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita pada ceramah di Jerteh Souq semalam.

Ceramah yang bertajuk 'Tujuh Dalil Haram Undi PAS' dihadiri  Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh dan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zain dan disertai 5 000 penonton.

Kata Zainal lagi, 'fatwa' yang dikeluarkan oleh Nik Aziz dengan mendakwa solat orang UMNO tidak sah hanya ditentukan oleh Allah dan bukannya Mursyidul Am PAS itu.

Ujarnya, UMNO tidak pernah menolak Islam sepertimana yang didakwa PAS dan PAS perlu mengemukkan bukti kukuh dan bukan hanya sekadar melemparkan tomahan kepada UMNO.

"Ia adalah semata-mata dakwaan Nik Aziz yang mahukan pengikut dan umat Islam membenci UMNO dan pemerintah," katanya.

Tambah beliau, demi menjaga hati DAP, PAS sendiri telah mengubah prinsip utama parti dari menjadikan Malaysia sebagai negara Islam kepada negara berkebajikan.

Zainal dalam pada itu, menyeru agar penyokong PAS membuka mata dan tidak terus menyokong parti yang dianggapnya sebagai 'Parti Ajaran Sesat' demi kelangsungan agama Islam pada masa hadapan.

Beliau ketika memberi ceramah turut menjelaskan antara dalil yang menyebabkan haram untuk mengundi PAS adalah parti tersebut membenarkan penggunaan kalimah Allah dari kalangan bukan Islam.

Di samping itu, pengeluaran fatwa oleh PAS yang bercanggah dengan Islam turut menyebabkan jatuhnya hukum haram untuk diundi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana