Michelle Yeoh Pertahan Keputusan Sokong PM


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Michelle Yeoh mempertahankan keputusannya menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka.Beliau berkata, sesiapa saja bebas memberikan pandangan mereka di Malaysia."Ini adalah negara yang mengamalkan demokrasi dan kita bebas untuk menyuarakan pendapat."Saya percaya semua kita mahu melakukan yang terbaik untuk negara.

"Saya percaya mereka mahu melakukan perkara sama," kata pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu kepada Channel News Asia bagi mengulas segelintir pihak yang mengkiritik keputusannya itu.Temu bual itu disiarkan oleh China Press.Yeoh secara terbuka menyuarakan sokongan terhadap Perdana Menteri pada satu pertemuan yang dianjurkan oleh Persekutuan Keturunan Cina Selangor pada Sabtu lalu.

"Kita memiliki pemimpin di sini yang melakukan pelbagai perkara baik dan akan melakukan lebih banyak lagi."Saya berharap beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri dan saya meminta anda semua untuk terus memberikan mandat kepada beliau," katanya kepada para hadirin yang hadir pada majlis tersebut.Yeoh menghadiri majlis makan malan di Westport, Pelabuhan Klang walaupun pembuli siber menyerang beliau di laman sosial Facebook sebelum majlis tersebut.Seorang pengguna Internet berkata, Yeoh kini tidak lagi menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Seorang lagi pengguna Internet bertanya kepada Yeoh sama ada beliau 'mengetahui bagaimana cara hidup rakan senegaranya itu' sebelum meminta pelakon berusia 49 tahun itu mempertimbangkan keputusannya dan ' tidak menjadi pengkhianat'.Bagaimanapun, beberapa pengguna Internet lain termasuk bapanya, Datuk Yeoh Kian Tiek mempertahankan keputusan Yeoh dan mengingatkan mereka bahawa beliau mempunyai hak untuk menyokong mana-mana parti politik.Kian Tiek berkata orang ramai harus lebih memahami kerana anak perempuannya mempunyai kebebasan untuk memilih apa jua majlis makan malam atau acara yang ingin dihadirinya.

"Itu keputusan beliau dan anda harus menghormatinya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana