MB N. Sembilan Yakin Akan Menang 2/3 Jika Tiada Sabotaj , Rafidah Sah Tak Tanding


KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan yakin parti itu dapat memenangi majoriti dua pertiga sekiranya isu sabotaj parti tidak berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Beliau berkata, terdapat dua kumpulan yang perlu dipantau iaitu ahli parti yang berpuak-puak dan mereka yang tidak terpilih sebagai calon."Bila senarai calon diumumkan nanti, pasti berlaku sabotaj. Jika kedua-dua kumpulan ini dapat dielakkan, Insyallah Barisan Nasional (BN) akan memenangi dua pertiga majoriti kerusi.

"Saya juga yakin berkat sokongan semua, kita akan dapat mengharungi pilihan raya kali ini dengan lebih berjaya," katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Khamis.

Beliau berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mesyuarat khas pagi ini turut menasihati semua pemimpin BN supaya tidak bergaduh jika tidak terpilih.Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Rafidah Aziz turut melahirkan keyakinan BN akan berjaya memperolehi majoriti dua pertiga.Bagaimanapun beliau berkata BN perlu merampas kembali kerusi yang mereka tewas pada PRU 2008."Saya yakin BN boleh menang kembali majoriti dua pertiga dengan syarat mereka kena rampas balik kerusi yang tewas.

"Saya juga akan bantu calon BN kempen di Perak. Kita juga yakin Perak akan kekal di tangan BN," katanya.Rafidah sekali lagi menegaskan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang disandangnya."Saya tak akan bertanding, saya dah masuk umur 70 tahun...cukuplah...saya sudah jadi ahli Parlimen sejak 1978 lagi."Bagilah peluang kepada orang muda pula kali ini. Ini tahun 2013...semua ahli politik kena sedar perubahan yang dimahukan rakyat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana