Mat Sabu Hanya Mahu Kuasa - Tun M Sindir Baik punya


PENDANG: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu disifatkan sebagai pemimpin yang hanya ingin mendapatkan kuasa walaupun terpaksa menggadai nasib dan harapan rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bakal calon PAS di Parlimen Pendang itu mahu mempergunakan undi dan sokongan rakyat bagi mencapai cita-cita politiknya.

"Mat Sabu hanya nak dapat kerusi (kedudukan), dia nak jadi YB (Yang Berhormat). Bukan dia nak perjuangkan Islam sangat pun.

"Perjuangannya hanya untuk jadi calon...dia dan partinya bukan nak perintah negara," katanya ketika berucap pada Majlis Himpunan Rakyat dan Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Pendang di sini, Sabtu.

Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas mengenai keputusan PAS menamakan Mohamad yang dikenali dengan panggilan 'Mat Sabu' untuk bertanding di Parlimen Pendang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.Pemilihan Mohamad sekaligus mengetepikan penyandang, Dr Hayati Othman juga daripada PAS yang sudah menjadi wakil rakyat selama dua penggal di kawasan itu.Mengulas lanjut Dr Mahathir berkata, pengundi di Pendang tidak seharusnya membiarkan nasib mereka terus digadaikan PAS dan pembangkang demi kepentingan politik.

"Janganlah orang Pendang ditipu lagi oleh Mat Sabu. Mereka ini banyak pecah-belahkan Islam dan orang Melayu," katanya.Selain itu Dr Mahathir turut menyeru penyokong BN dan rakyat secara keseluruhannya agar menyokong parti itu demi masa depan yang lebih baik."Sokonglah BN, jangan peduli siapa pun calonnya. Paling penting yang perlu disokong ialah parti, bukan individu.

"Kalau sorang individu sahaja yang menang pun tak bawa apa-apa makna, tapi kalau parti menang dan boleh perintah kerajaan negeri dan Persekutuan, ia akan menguntungkan rakyat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana