Makin Tertekan PAS Beb....NGO mahu Mustafa Ali bersumpah, lapor polis


SHAH ALAM: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali digesa agar bersumpah bagi menafikan pembabitan beliau dalam video seks yang tersebar di laman sesawang internet sejak beberapa hari lalu.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, pemimpin PAS itu wajar bersumpah bagi membersihkan namanya, sejajar dengan tindakan yang dilakukan Khalifah Islam ke-3, Saiyidina Uthman Affan RA apabila berhadapan dengan fitnah.

"Kita tak tahu betul atau tidak, jadi yang paling baik, dia pergi ke mana-mana masjid, bersumpah menafikan perkara tersebut. Kalau betul dia tak terlibat, maka kaedah Islam ialah bersumpah.

"Ini pernah dibuat oleh Khalifah Islam ke-3, Saiyidina Uthman, apabila orang memfitnahnya dengan berbagai dakwaan, beliau pergi ke Masjid Nabawi, beliau bersumpah menafikan tuduhan yang dilemparkan orang," kata beliau kepada Antarapos.

"Itu yang pertama (bersumpah). Kemudian, kaedah kedua yang boleh diambil adalah melalui perundangan. Gunakan peguam dan sebagainya. Maknanya, inilah yang paling baik, kemudian teruskanlah dengan proses perundangan," ujarnya lagi.

Beberapa hari lalu, negara dikejutkan dengan penyebaran video melibatkan seorang lelaki yang didakwa mirip Mustafa dengan seorang wanita yang tidak dikenali, mengadakan hubungan seks di sebuah bilik hotel.

Mustafa bagaimanapun menafikan lelaki itu adalah dirinya dan menyerahkan perkara tersebut kepada peguam lantikannya untuk tindakan susulan.

Sementara itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman menyarankan agar Mustafa membuat laporan polis bagi menyiasat tuduhan tersebut.

"Sekarang ini, langkah yang baik, dia sendiri boleh buat laporan polis supaya perkara tersebut boleh disiasat, dan dia juga boleh ambil tindakan undang-undang.

"Saya cadangkan kalau parti PAS boleh lakukan penyiasatan untuk melihat perkara ini, itu dari segi moral PAS. Penyiasatan untuk bersihkan (imej) parti, dan daripada situ kita boleh tahu status kebenarannya. Adakah perkara yang disebarkan itu betul ataupun ianya satu rekaan," kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana