Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Selangor bersama warga institus-institusi pendidikan Islam Tiada Dapat Sambutan...


para hadirin telah bangun sebagai tanda hormat sejurus MB Selangor TS Khalid Ibrahim memasuki Dewan Jubli Perak, Komplek Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Menariknya, kerusi-kerusi turut berdiri memberi hormat kerana masing-masing tidak punya penghuni duduk di atas mereka.Sambutan begitu hambar, bila hampir separuh dari yang disediakan tidak diduduki.Mujurlah ada sebuah bas rombongan yang membawa tetamu-tetamu dari Yayasan Islam Kelantan memenuhi sebahagian dari kerusi-kerusi kosong berkenaan, yang mereka turut diraikan di majlis berkenaan.

Majlis Makan Malam tersebut hakikatnya adalah sebahagian dari siri kempen menjelang PRU13.Ucapan Khalid antara lain menyentuh janji memberikan pendidikan percuma. Tapi agak mengejutkan apabila Khalid dihadapan orang-orang kuat institusi pendidikan Islam mengakui bahawa bukan mudah untuk mencapai matlamat pendidikan percuma. Namun, Khalid tetap menaruh harapan yang Pakatan Rakyat akan melaksanakan, tetapi secara beransur-ansur.

Pengakuan Khalid ini dianggap sebagai realistik kerana jika pendidikan percuma begitu mudah dilaksanakan, sudah pasti 2 IPT yang dikendalikan oleh kerajaan negeri iaitu UNISEL dan KUIS sudah terlebih dahulu memperkenal dan melaksanakan pendidikan percuma.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana