Majikan Tidak Boleh Ugut Pekerja Undi Sesuatu Parti


SEMPORNA: Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta mana-mana pihak tertentu khususnya majikan tidak mengugut atau memaksa pekerja mengundi sesebuah parti.

Beliau berkata polis ada menerima maklumat terdapat usaha beberapa majikan di Johor yang mengugut untuk membuang pekerja yang mengundi parti tertentu semasa hari pengundian, 5 Mei ini.

Khalid bercakap kepada pemberita pada majlis penyampaian Pingat Kedaulatan Negara kepada 25 anggota polis berlainan pangkat yang bertugas menangani insiden kumpulan pengganas Sulu di Semporna Februari lalu.

Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga penyandang kerusi Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini, Ahad.

Khalid berkata mereka yang terlibat diminta tampil membuat laporan polis.

Dalam pada itu, beliau enggan mendedahkan bilangan majikan yang melakukan ugutan tersebut.

Beliau berkata proses penamaan calon yang berlangsung pada Sabtu berjalan lancar dan terkawal di seluruh negara tanpa sebarang insiden tidak diingini. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana