Lembaga Disiplin Umno Terima Beberapa Laporan Sabotaj Anggotanya


KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin Umno menerima beberapa laporan perbuatan sabotaj dalam kalangan anggota partinya menjelang pilihan raya ke-13, kata Pengerusinya Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.

Beliau berkata individu berkenaan akan dipanggil untuk memberi penjelasan dan mereka berdepan tindakan tegas termasuk dipecat dan digantung keanggotaannyajika dibuktikan bersalah.

Justeru, beliau mengulangi amaran agar anggota parti menjauhi perbuatan mensabotaj parti."Saya juga menyeru kepada semua anggota Umno di seluruh negara supaya bersatu padu dan menyokong siapa sahaja yang telah diletakkan sebagai calon oleh pucuk pimpinan parti."Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti dan Lembaga Disiplin tidak akan berkompromi serta akan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa sahaja yang mengkhianati parti," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata Lembaga Disiplin juga telah melantik pemantau di setiap kawasan parlimen dan dewan undangan negeri (Dun) bagi memantau dan melaporkan kes sabotaj parti.

Sebuah jawatankuasa khas dianggotai empat wakil Majlis Tertinggi Umno dan empat wakil Lembaga Disiplin parti juga ditubuhkan bagi mempercepatkan proses membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman kepada mereka yang didapati bersalah mensabotaj atau melanggar disiplin parti, katanya. -BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana