Lagi 80 ahli PKR, Pas tinggalkan parti dan Menyertai UMNO...Alhamdulilah


BUKIT MERTAJAM 13 April - Golongan muda pakatan pembangkang di kawasan Parlimen Permatang Pauh dilihat semakin ramai yang meninggalkan pakatan itu dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) kerana tidak lagi sebulu dengan pimpinan parti.

Terbaru, seramai 80 bekas ahli Pemuda Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari cawangan Titi Timbul dan Kubang Hulu di sini mengisytiharkan diri keluar dari parti itu dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said berkata, kesemua bekas ahli pembangkang itu bertindak keluar parti selepas kecewa dengan wakil rakyat pembangkang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dan Penanti yang didakwa mengabaikan soal kebajikan penduduk di kawasan itu.

"Hari ini 60 ahli PKR kawasan Kubang Hulu dan 20 ahli Pas cawangan Titi Timbul bertindak keluar dari parti itu dan menyatakan sokongan mereka kepada BN.

"Kita ucapkan tahniah kepada mereka kerana sedar daripada kesilapan lalu dan kita percaya ini adalah satu daripada petunjuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pengundi khususnya pemuda kawasan ini telah kembali menyokong BN dan menolak perjuangannya," katanya dalam sidang akhbar di Permatang Pasir di sini hari ini.

Sementara itu, bekas ahli PKR, Hadzri Ahmad, 45, berkata, selama lapan tahun menyertai parti itu, tiada sebarang perubahan dilakukan oleh wakil rakyat pembangkang.

"Dahulu saya adalah penyokong tegar PKR, namun selepas melihat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Mansor Othman langsung tidak membawa sebarang perubahan kepada penduduk, kami berasa kecewa dan beralih sokongan kepada BN," ujarnya.

Bekas ahli Pas, Ahmad Shahrizal Hassan, 41, pula kesal dengan kepimpinan bekas ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd.Salleh Man yang tidak mengotakan janji terutamanya yang membabitkan kepentingan penduduk Islam di kawasan itu.

"Contohnya, penduduk Flat PPR 100 di sini, sudah lama mengadu minta Datuk Salleh Man sediakan sebuah surau tetapi kami diberitahu kerajaan negeri Pulau Pinang tidak memberikan peruntukan untuk berbuat demikian," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana