Khalid Ibrahim tegur Mat Taib...Ehemmm PAS Saja Yang Sayang


SHAH ALAM: Baru dua hari selepas memasuki PAS, Tan Sri Muhammad Muhd Taib sudah mengundang teguran daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana menjadikan Selangor contoh keruntuhan moral dan akidah di negara ini.

Tan Sri Khalid yang mengetuai kerajaan negeri pimpinan PKR di Selangor sejak 2008 akur negeri itu menghadapi masalah sosial namun berkata tidak ada pihak harus mensasarkan Selangor sahaja.

“Tiap-tiap negara menghadapi masalah ini, bukan di Selangor (sahaja), Wilayah Persekutuan atau Indonesia (juga mempunyai masalah sama)," kata beliau.Semalam, Muhammad berkata keputusannya menyertai PAS didorong oleh keperluan membantu melaksanakan pentadbiran Islam dan memperbaiki akidah dikalangan anak Melayu.Mantan Menteri Besar Selangor dari tahun 1986 hingga 1997 itu menjadikan Shah Alam sebagai contoh ibu negeri yang dibelenggui pelbagai masalah sosial, tanpa membuat rujukan jelas kepada pentadbiran Khalid.

“Budak-budak yang keluar dari Shah Alam, banyak masalah..tingkah laku, masalah sosial, salah guna dadah yang semakin lama semakin teruk," kata Muhammad.Beliau juga berkata jika kerajaan negeri mempunyai pimpinan lemah, maka masalah itu akan berlarutan.Dalam responnya Khalid yang juga Exco Agama Selangor sebelum DUN negeri dibubarkan, menafikan beliau berpeluk tubuh menangani masalah berkenaan.

"Jawapan kita adalah perkara ini perlu dilakukan dengan pentadbiran yang munasabah. Pemantauan itu mesti dilakukan sepenuhnya,” kata beliau."Selangor mengatasinya ialah mengemaskini pentadbiran dan mengadakan pemantauan lebih terbuka supaya semua rakyat tahu apa yang berlaku," kata beliau tanpa menghurai apa yang dimaksudkannya.  Kerajaan negeri pimpinan Khalid sebelum ini ditegur kerana pencambahan hotel bajet dan pusat hiburan yang menjadi sarang maksiat.

Sehingga Mei tahun lalu, Selangor mempunyai 1606 buah rumah urut dan 737 pusat hiburan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana