kerajaan negeri Selangor Terdesak dan menyampaikan puluhan ribu geran hakmilik dalam tempoh pemerintahan kerajaan sementara, dilihat bermotifkan politik


SHAH ALAM: Tindakan kerajaan negeri Selangor menyampaikan puluhan ribu geran hakmilik dalam tempoh pemerintahan kerajaan sementara, dilihat bermotifkan politik, khususnya meraih undi pada saat-saat akhir.

Walaupun disampaikan pada waktu ‘kecemasan’, penduduk sedia maklum langkah itu tidak memberi kesan kerana geran akan diterima walaupun berubah kerajaan.

"Dia hanya menyudahkan keputusan sahaja. Itu kerja-kerja pentadbiran. Sebab keputusan itu sudah dibuat pada 2010. Itu boleh dilakukan.

"Tetapi pemberian pada saat akhir ini bermotifkan politik untuk pilihan raya. Pemberian geran ini dibuat dengan niat untuk memancing undi pilihan raya," kata peguam Kamarudin Ahmad ketika dihubungi.

Beliau yang juga Penyelaras DUN Kota Anggerik berkata, kerajaan negeri memang berhak menyiapkan pemberian geran tersebut kerana ia tertakluk dalam kuasa kerajaan sementara.

Bagaimanapun, penduduk sedia maklum pelbagai janji manifesto tidak ditunaikan kerajaan Pakatan Rakyat sebaik mengambil alih pentadbiran Selangor.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan tergesa-gesa kerajaan negeri yang meluluskan puluhan ribu geran hak milik yang dikhuatiri akan berlaku kesilapan serta pemberian geran kepada penerima yang tidak layak.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada awal 2010 pernah berjanji untuk menyelesaikan 100,000 kes permohonan tanah yang telah diusahakan melebihi 20 tahun.

Beliau berjanji meluluskan 90 peratus permohonan Borang 5A atau hakmilik sementara (TOL) secara berperingkat di seluruh negeri sehingga akhir tahun 2010.

Bagaimanapun, selepas tamat lima tahun memerintah, kerajaan negeri PKR itu hanya dapat
menyelesaikan 20,000 kes permohonan tanah.

Setakat hujung Mac lalu, Khalid mendakwa sudah menyampaikan 10,000 geran hak milik kepada penduduk, tetapi terbaru pada 7 April lalu beliau mendakwa jumlahnya sudah mencapai 20,000 kes.

Kamarudin berkata, pemberian geran dilihat tidak mempunyai masalah kerana penduduk yang mengusahakan tanah melebihi 20 tahun memang layak memohon hak milik sementara.

Bagaimanapun, yang menjadi masalahnya proses kelulusan itu mungkin membabitkan campur tangan politik menyebabkan pihak-pihak yang tidak layak turut menerima geran hak milik.

“Apa pun penduduk mempunyai hak untuk membuat bantahan sekiranya mereka mendapati ada pihak lain yang turut tersenarai di kawasan mereka, sedangkan pihak berkenaan tidak mengusahakan tanah yang dipohon itu,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana