KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PROGRAM MENDEKATI PENGUNDI OLEH JATI UNTUK MENYOKONG BARISAN NASIONAL DALAM PRU KE 13


Pengumuman telah dibuat pada minggu lalu bahawa JATI akan menyokong Barisan Nasional dalam PRU ke 13. Posisi ini diambil setelah JATI membuat konsultasi dengan ilmuan dan agamawan serta Ahli Majlis Syura JATI sendiri dengan menggunakan antara lain kaedah usul Fiqh dan realiti persekitaran politik semasa.

Berikutan dengan itu pimpinan JATI telah merangka program penglibatan JATI dalam PRU ke 13 ini yang bersesuaian dengan keupayaan dan kemampuannya.

Pendekatan serampang dua mata telah dipilih untuk melancarkan gerakerja yang telah diputuskan ini. Pertama, tumpuan diberi kepada kawasan-kawasan Parlimen yang ditandingi oleh pimpinan tertinggi Pakatan Pembangkang meliputi 27 kawasan antaranya termasuklah Permatang Pauh (PKR), Gelang Patah (DAP), Pendang (PAS) dan lain-lain. Kedua, kawasan-kawasan Parlimen yang ditandingi oleh pimpinan UMNO/BN yang dikategorikan sebagai kawasan panas berjumlah 22 kawasan seperti Batu Pahat, Jerai, Putrajaya dan lain-lain.
Bergantung kepada situasi dan wujudnya berbagai kemungkinan kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti itu dijangka dapat diliputi dalam jarak masa 15 hari atau lebih pendek daripada itu.

Penceramah-penceramah JATI akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang pada setiap hari dan malam akan menjelajah kawasan-kawasan yang telah ditentukan itu. Selain daripada program di waktu malam, program di sebelah petang juga diaturkan tertumpu kepada pengundi-pengundi wanita dan kaum ibu.

Tenaga penceramah diberi taklimat khas oleh Dato’ Aidit Ghazali, Timbalan Presiden JATI. Nota atas tajuk-tajuk yang bersuaian juga dibekalkan kepada penceramah yang terlibat supaya persembahan ceramah mereka menepati matlamat JATI serta perjuangan UMNO/BN.JATI telah menubuhkan sebuah Urusetia khas untuk tujuan ini. Kawasan-kawasan yang terlibat telah dan sedang dihubungi dan satu jadual tentatif akan dikeluarkan.

JATI berharap penyertaan kepada program ini bukan sahaja terhad kepada penceramah-penceramah JATI tetapi sebaliknya JATI ingin mempelawa pertubuhan-pertubuhan yang lain yang mempunyai halauju yang sama untuk dapat menyertai gerakan menyelamatkan negara daripada segala bentuk malapetaka. Malapetaka dikatakan akan berlaku sekiranya Pakatan Pembangkang diizinkan mentadbir negara ini.

Atas dasar ingin melihat dan menentukan perjuangan mengagungkan Islam, memartabatkan Bangsa Melayu dan mendaulatkan Institusi Raja dapat terus digerakcergaskan, maka JATI telah mengambil tanggungjawab ini sebagai satu kewajipan syarie yang mesti ditunaikan. Itulah sebabnya JATI memutuskan bahawa pengundi-pengundi Melayu Islam khasnya wajib mengundi BN dalam PRU ke 13 ini.

Atas sifatnya sebagai sebuah gerakan Islam, JATI telah meminta pimpinan dan ahli-ahlinya secara berterusan melakukan Solat Hajat dan berqiyamulail untuk memohon kepada Allah SWT agar kemenangan akan berpihak kepada Barisan Nasional. Kemenangan ini akan membuka peluang yang lebih luas untuk menjalin kerjasama yang lebih padu di antara JATI dan pertubuhan-pertubuhan lain yang seangkatan dengannya dengan pihak kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri untuk menyongsong IMR (Islam, Melayu dan Raja) yang menjadi tonggak perjuangan JATI selama ini.

DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI
PRESIDEN JATI
153B, 2nd Floor, Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr Ismail,
21 April 2013

Comments

Unknown said…
bekas pemimpin tertinggi PAS pun bleh tolak PAS. ahli PAS yang di luar sana apa tunggu lagi. jom ajar skit PAS ni.

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana