KALIMAH ALLAH - WARNING TERAKHIR PIMPINAN PEMUDA PAS BUAT ANWAR.


Umat Islam akan terus membantah cadangan penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu sehinggalah pakatan pembangkang, terutama PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), bersetuju kalimah itu hak eksklusif umat Islam.

Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata pihaknya bertegas dalam isu itu demi menjaga kesucian agama Islam.

"Selagi mereka tidak memutuskan kalimah Allah adalah untuk umat Islam, selagi itu kita akan terus membantah dan mengadakan demonstrasi, bukan hanya di Pulau Pinang tetapi di negeri-negeri lain juga.

"Ini juga bukanlah gimik politik sebaliknya kami memang membantah perkara berkenaan sejak 2010 lagi, bukan hanya apabila menjelang pilihan raya sahaja," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan aman yang disertai kira-kira 100 anggota NGO Islam serta penyokong PAS Permatang Pauh di Masjid Seberang Jaya di sini hari ini.

Pada perhimpunan itu, peserta turut bertindak menyebat patung, membakar sepanduk serta gambar pemimpin DAP dan PKR bagi menyuarakan kemarahan mereka terhadap rakan sekutu PAS terbabit.

Mohamed Hafiz yang juga Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) berkata pihaknya turut mengedarkan risalah 'wajib mempertahankan kalimah Allah' kepada jemaah di masjid itu dan usaha akan diperluas ke masjid-masjid lain di seluruh negara.

Sementara itu Presiden Warisan Anak Merdeka, Abdul Ghani Harun berkata pihaknya memilih Masjid Seberang Jaya sebagai venue perhimpunan hari ini kerana mahu pengundi di Permatang Pauh tahu siapa sebenarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga penyandang kerusi parlimen tersebut.

"Saya mahu pengundi di sini tahu siapa sebenarnya Anwar, sebahagian peserta yang ada hari ini adalah ahli PAS Permatang Pauh dan mereka juga kecewa dengan tindakan Anwar yang enggan menerima keputusan Majlis Syura PAS," katanya.

Katanya beliau juga mahu seluruh umat Islam di seluruh negara terus menolak perjuangan dan menentang Anwar kerana tindakannya bersetuju kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam boleh menimbulkan huru-hara.

"Kalimah Allah bukan milik PAS, PKR, DAP atau Umno sebaliknya hak eksklusif orang Islam, milik umat Islam maka kita harus bangkit menyatakan bantahan secara terbuka untuk menentang pakatan yang punya agenda jahat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana