Juanda Bidas PKR Perlis tidak beradab....


KUALA LUMPUR: Mufti Perlis Dr Juanda Jaya membidas tindakan PKR Perlis mengumumkan beliau sebagai calon parti itu untuk kerusi Parlimen Kangar sebagai “tidak beradab.”

"Apa yang disebut oleh PKR Perlis langsung tidak dirujuk kepada saya, saya agak terkilan sebab jual nama saya tanpa izin...saya tak pernah jumpa pimpinan PKR Perlis,” kata beliau kepada Antarpos.

"Isytihar secara 'unilateral(sendiri)' (adalah) suatu sikap yang tak beradab kepada orang lain apatah lagi kedudukan saya yang agak sensitif kepada banyak pihak. Ini perlu difahami terutamanya mereka yang mahu jadi ahli politik.

"Saya ambil sikap diam diri kerana tak mahu sakiti hati mana-mana pihak kerana semuanya saudara seagama. Pelajaran daripada isu ini ialah orang politik kita masih belum matang seperti negara lain," katanya.

“Pencalonan” Juanda untuk Parlimen Kangar dibuat oleh Pengerusi PKR Perlis Mohd Faisol Abdul Rahman minggu lalu selepas PAS mengumumkan ia akan bertanding di ketiga-tiga kerusi Parlimen di negeri itu.

Juanda menegaskan beliau memutuskan tidak bertanding di PRU kali ini kerana merasakan penerimaan rakyat terhadap golongan berpendidikan agama masih kurang.

"Saya dapati PRU13 tidak sesuai untuk saya kerana terlalu banyak fitnah dan penerimaan terhadap 'scholar' belum mantap. Pilihan tempat (bertanding) memang banyak tetapi tiada yang sesuai, politik bukanlah perkara mudah untuk orang macam saya sebab itu agak hairan ramai yang lobi tanpa fikirkan kesannya di dunia dan akhirat.

"Perbincangan membabitkan banyak pihak bukan hanya Pakatan Rakyat, kawan-kawan BN pun tanya ajak berbincang. Isu Kangar hanya di tahap perbincangan dan ziarah kawan-kawan daripada kedua-dua belah pihak, ini normal bagi orang politik yang mencari dokongan.

"Saya kurang berminat sebab saya bukan penduduk tempatan, kalau BN 'offer' pun tetap akan timbul isu orang luar. Politik Malaysia belum matang untuk menerima kepelbagaian, sentiman sentiasa menjuarai itu," katanya.

Juanda merupakan antara tokoh ulama yang disebut-sebut akan bertanding kali selain bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang turut menolak untuk bertanding pada kali ini.

Juanda memegang jawatan muft sejak awal 2009 menggantikan Mohd Asri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana