JATI Seru Umat Islam Berikan Undi Kepada UMNO Dan BN – Dr Hassan Ali

 KUALA LUMPUR, 11 April – Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr. Hassan  Ali menyeru rakyat, khususnya umat Islam di negara ini untuk memberikan undi mereka kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum (PRU) Ke 13 yang dijadualkan pada 5 Mei ini.

Menurut beliau, berdasarkan senario politik negara hari ini, mengundi UMNO dan BN sudah  menjadi satu perkara yang wajib kepada umat Islam di negara ini.“Kami ilmuan dan agamawan yang bergerak di dalam JATI sebulat suara memutuskan dan bersependapat  bahawa mengundi dan memilih UMNO dan BN di dalam PRU ke 13 ini adalah wajib bagi umat Islam
“Ini memandangkan Pakatan Rakyat, yang dianggotai oleh DAP, Pas dan PKR telah menyatakan pendirian dan prinsip perjuangan mereka yang kami yakini, tidak mendatangkan manfaat, bahkan akan mengundang keburukan dan memudaratkan asas-asas fundamental di  negara ini iaitu Islam, Melayu dan Raja-Raja,” tegas beliau ketika bercakap di hadapan wartawan dalam satu sidang akhbar di rumah kediamannya di Taman Tun Dr. Ismail tengahari tadi.

Turut hadir di dalam sidang akhbar tersebut ialah Timbalan Presiden JATI, Datuk Aidit Ghazali dan Naib Presiden JATI, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba.Jelas Hassan lagi, ketetapan wajib mengundi UMNO dan BN ini diambil setelah beberapa siri perbincangan antara ilmuan-ilmuan Islam dari pelbagai kelompok yang menjadikan kaedah-kaedah Usul Fiqh yang telah diguna pakai dari zaman berzaman sebagai dasar untuk membuat keputusan.“Antara kaedah yang kami guna pakai untuk menetapkan keputusan ini ialah matlamat tidak menghalalkan cara, menolak sesuatu keburukkan lebih baik dari mengambil sesuatu kebaikan, memilih mana satu yang lebih baik antara dua perkara yang buruk, dan wajib dalam memelihara institusi atau pemerintah yang menjaga dan memelihara Islam,” ujarnya.
Beliau seterusnya melontarkan ketidakyakinan JATI terhadap Pakatan Pembangkang bahawa mereka akan terus memelihara dan mensyiarkan Islam, memertabatkan bangsa Melayu dan mendaulat serta mengekalkan institusi Raja-Raja sekiranya mereka berkuasa.

“Saya ingin bertanya kepada semua, apakah kita boleh meletakkan tanggungjawab mengagungkan Islam kepada DAP yang jelas inginkan negara sekular? Apakah kita boleh meletakkan harapan kepada Pas untuk menegakkan negara Islam yang menjadi dasar perjuangan Pas selama 60 tahun, lalu ditinggalkan begitu saja kerana ada pimpinannya yang mabuk untuk ke Putrajaya?“Dan adakah kita, sebagai umat Islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya, ingin negara kita dinakhodakan oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang yang sedang bergelut dengan pelbagai masalah moral yang amat serius dan secara berterusan?,” soal beliau.

Justeru itu jelasnya lagi, atas-atas sebab yang dinyatakan maka JATI telah mengambil keputusan dan ketetapan bahawa adalah wajib bagi umat Islam di negara ini untuk memberikan undi mereka kepada UMNO dan BN bagi mengekalkan kelansungan kedaulatan Islam, Melayu dan Raja-Raja yang menjadi teras kepada keharmonian dankeamaman  yang sedia ada di negara ini.

“Kami menyeru umat Islam agar bermunajat dan memohon kepada Allah agar negara kita terus dipelihara daripada sebarang anasir-anasir luar dan dalam yang ingin menghancurkan keharmonian dan keamanan di negara ini,  dengan mewajibkan diri kita memberikan undi kepada UMNO dan BN serta menolak Pakatan Pembangkang secara total di dalam PRU ke 13 pada 5hb Mei nanti

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana