Isu Video Seks : Khairy Kutuk Tindakan PAS Hina Nabi.


SEREMBAN 31 Mac - Pergerakan Pemuda UMNO mengutuk tindakan PAS menghina keperibadian Rasulullah saw dalam mengulas isu video seks bermiripkan pemimpin politik yang disebarkan baru-baru ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, ianya amat mengecewakan umat Islam setelah PAS sekian lama mempamerkan imej pejuang Islam walaupun bertentangan dengan dasar perlaksanaan parti tersebut.

"Apa yang saya lihat, pemimpin Pas tanpa segan silu dan jahatnya menyerang Nabi Muhammad dengan lontaran video seks Nabi.

"Apakah ini bermakna reaksi PAS sebelum ini terhadap video The Innocence of Muslims sekadar sandiwara politik semata-mata tanpa penghayatan tentang batas-batasnya," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau juga menegaskan, tindakan itu juga dilihat bersifatemosi dan mencerminkan pemikiran cetek perjuangan PAS dalam berdepan musuh politik.

Khairy merujuk kenyataan Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda PAS, Khairul Fahmi Mat Som yang mendakwa jika Nabi Muhammad SAW masih hidup pada masa kini, mungkin video seks Baginda juga akan dikeluarkan UMNO.

lanya dikeluarkan melalui laman sosial Twitter miliknya, @fahmipkg pada 27 Mac yang lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana