Isu kerusi P. Pauh sandiwara Anwar: Dr Ismail


SHAH ALAM: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pendekatan 'sandiwara politik' apabila mendakwa penyokongnya di Permatang Pauh kecewa dengan keputusan beliau mahu bertanding di Perak.Penganalisis politik, Profesor Dr Ismail Sualman berkata, Anwar mahu mewujudkan senario di mana kerusi Permatang Pauh kononnya kubu kuat PKR walaupun beliau tidak bertanding di kawasan itu.Dr Ismail berkata ini sebahagian daripada strategi Anwar untuk memastikan Permatang Pauh tidak jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) jika beliau membuat keputusan untuk bertanding di Perak.
Anwar sebelum ini dilaporkan berhasrat untuk bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) namun dalam ceramahnya di Gerik semalam, beliau berkata hasratnya itu dibantah oleh penyokong PKR di Permatang Pauh justeru mahu memutuskan kerusi yang akan ditandingi dalam ceramahnya malam nanti.
"Ini satu sandiwara yang dimainkan parti ini. Dia keluar dari Permatang Pauh tujuan untuk melebarkan pengaruh dan memperbanyakkan kerusi parlimen itu strategi yang dilihat.

"Sebenarnya itu merupakan satu strategi bagi mereka bukan kerana mereka nak melambat-lambatkan, ada kemungkinan mereka akan menyimpan senjata rahsia strategi tidak menampilkan calon lebih awal kerana mungkin akan menyebabkan Barisan Nasional akan menggunakan strategi lain," katanya ketika dihubungi.

Anwar menjadi Ahli Parlimen Umno Permatang Pauh sejak tahun 1982 sebelum beliau digantikan oleh isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada tahun 1999 ketika beliau menjalani hukuman penjara atas tuduhan rasuah dan salah laku moral.

Beliau kemudiannya menjadi wakil rakyat di kawasan itu semula pada tahun 2008 selepas Wan Azizah melepaskan jawatan sebagai ahli parlimen.Mengulas mengenai sikap Anwar yang melengah-lengahkan pengumuman kerusi parlimen yang bakal ditandingi, pensyarah kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata ia bertujuan untuk 'menghuru-harakan' penyusunan calon BN di Perak dan Permatang Pauh.

"Percaturan politik seperti ini membolehkan BN akan berfikir kembali untuk meletakkan calon di kawasan tertentu," tegasnya.Bagaimanapun Dr Ismail merumuskan Anwar adalah individu yang akan menggunakan apa cara sekalipun demi memastikan kerusi Permatang Pauh dapat dipertahankannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana