Ini ikrar perang warlord BN Johor...Jangan Mimpilah PR


Gendang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sudah pun dipalu dan Johor bakal menyaksikan kemasukan panglima perang DAP mengepalai pakatan pembangkang untuk menembusi negeri kubu kuat Barisan Nasional ini.Pada PRU-12 lima tahun lepas, walaupun terkena tempias 'tsunami politik' yang melanda negara, BN Johor tetap teguh menang 25 daripada 26 kerusi parlimen dan 50 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN).Pengerusi BN Negeri Datuk Abdul Ghani Othman tetap selesa di kerusi pemandu menangkis cubaan pembangkang, kerana yakin Johor akan kekal 'simpanan tetap' BN dan kubu ini kukuh bertahan walaupun akan diasak hebat oleh pembangkang.

Di bawah pimpinan BN, Johor menjadi 'anak emas' komuniti pelaburan dalam dan luar negara dengan projek Iskandar Malaysia yang dilancar pada akhir 2006 sehingga kini menerima sehingga RM110 bilion pelaburan, selain mewujudkan ratusan ribu pekerjaan baharu untuk rakyat tempatan.Selain Iskandar Malaysia, Johor turut dibanjiri pelabur yang tertarik dengan projek Pembangunan Bersepadu Kompleks Petrokimia Pengerang (PIPC) yang apabila siap pada 2016, akan menjadikan negeri ini hab industri minyak dan gas di Asia.Pembangunan pesat, kestabilan politik dan pelaksanaan dasar-dasar ekonomi yang mesra pelabur di bawah pemerintahan kerajaan BN berjaya melonjakkan pembangunan Johor ke suatu tahap yang baharu.

Rekod pencapaian BN dalam membangunkan Johor dan rakyatnya sukar dipertikai oleh sesiapa, termasuk pembangkang.Ketua Penerangan BN Johor Datuk Samsolbari Jamali berkata dari segi rekod perkhidmatan terhadap rakyat, tidak ada sesiapa dalam negeri mahupun di luar Johor boleh mempertikai tentang apa yang telah dilakukan BN."Kita (BN) tidak melaksanakan perkhidmatan secara bermusim. Kita sentiasa berada bersama-sama rakyat, berlainan dengan pembangkang yang mengemukakan calon-calon payung terjunnya," katanya. Antara calon import pembangkang ialah veteran DAP Lim Kit Siang yang akan bertanding kerusi Parlimen Gelang Patah.

BN untuk PRU13, katanya, telah mempersiapkan diri sejak 2008 dan berkeyakinan tinggi mempertahan Johor sebagai kubu kuat parti."Kami akan mempertahan kesemua kerusi parlimen dan DUN yang kami menangi pada 2008 dan pada masa yang sama mendapatkan semula kesemua kerusi yang kami kalah lima tahun lepas," katanya.Pada 2008, BN tewas kerusi Parlimen Bakri manakala bagi kerusi DUN pula, BN kehilangan Sungai Abong, Maharani, Mengkibol, Senai, Skudai dan Bentayan.Untuk PRU-13, pembangkang menaruh harapan merampas 15 kerusi parlimen dan 13 kerusi DUN terutama dari kawasan majoriti pengundi Cina.Bagaimana pun semangat pembangkang itu, bagi Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sedikit pun menjejaskan keyakinannya terhadap peluang BN di negeri kelahiran Umno ini.

"Saya yakin Johor akan tetap menjadi 'simpanan tetap' bagi Barisan Nasional," kata bekas perdana menteri dan bekas presiden Umno itu di hadapan kira-kira 5,000 penyokong BN di Johor Baharu minggu lepas.
Bagi anggota Parlimen Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad pula, pembangkang tidak lagi boleh mengharapkan tsunami politik 2008 berulang pada PRU13.Sejak lima tahun lepas, kata anggota politik veteran itu, BN Johor bekerja keras untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya, dan yakin tsunami politik 2008 telah lama meninggalkan Johor dan Malaysia.Timbalan Pengarah Pilihan Raya MCA Johor Datuk Tee Siew Kiong pula berkata 450 cawangan parti itu di negeri ini akan memastikan kemenangan sesiapa sahaja calon BN yang bertanding."Kami bekerja kuat di kawasan yang kalah pada pilihan raya lepas dan bukannya seperti pembangkang yang 'hilang' selepas pilihan raya dan kini muncul tiba-tiba untuk menghadapi semula pilihan raya," katanya.

Setiausaha MIC Johor M.Asojan yang dihubungi pula berkata sokongan pengundi masyarakat India terhadap BN pada ketika ini berada di tahap tertinggi mencapai sehingga 80 peratus.MIC Johor dijangka akan bertanding bagi kerusi Parlimen Segamat dan DUN Permas Jaya, Kahang, Bukit Gambir dan Tenggaroh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana