Ibrahim Ali bercuti serta-merta jawatan Presiden Perkasa


KOTA BHARU 10 April - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali hari ini mengumumkan untuk bercuti daripada jawatan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Jawatan itu akan dipangku Timbalan Presiden pertubuhan itu, Datuk Abdul Rahman Bakar bagi memimpin lebih 400,000 ahlinya di seluruh negara.

Keputusan itu dibuat bagi membolehkan Ibrahim memberi tumpuan sepenuhnya terhadap Pilihan Raya Umum Ke-13.Beliau turut mengumumkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas tetapi tidak menyatakan dengan jelas sama ada sebagai calon Barisan Nasional (BN) atau Bebas.

"Sama ada saya kembali bertugas sebagai Presiden Perkasa atau tidak, bergantung pada keadaan semasa selepas PRU-13, buat masa sekarang, Abdul Rahman dan ahli majlis tertinggi lain akan meneruskan pentadbiran pertubuhan ini," katanya dalam sidang akhbar di sini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana