Hindraf ikrar bantu BN dalam PRU13


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Hak Asasi Kaum India (Hindraf) sebentar tadi menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meningkatkan kedudukan sosio ekonomi masyarakat itu.

Sejajar dengan itu Hindraf juga berjanji untuk menggerakkan seluruh jenteranya bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), khususnya untuk mendapatkan sokongan masyarakat India.

MOU itu adalah kemuncak siri pertemuan dan rundingan di antara pimpinan Hindraf dan Najib bersabit dengan pelan tindakan pergerakan itu untuk mengubah nasib kaum berkenaan.

Pelan tindakan berkenaan sebelum ini ditolak oleh Pakatan Rakyat di mana Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pihaknya tidak akan menandatangani sebarang perjanjian.

Najib dalam ucapan di Majlis menandatangani 'Blueprint - For a new dawn for Malaysians Indians' berkata, perkembangan politik di Malaysia amat positif apabila mulanya persefahaman antara Barisan Nasional (BN) dan Hindraf.

Hari ini akan tercatat dalam sejarah iaitu permulaan hubungan antara Hindraf dan Barisan Nasional.

Hindraf telah melakukan satu langkah strategik dalam menjadi sebahagian perjuangan BN dalam membawa perubahan kepada masyarakat India di negara ini.

"Apabila saya dilantik menjadi PM 4 tahun lepas, keutamaan saya adalah untuk membantu semua rakyat Malaysia di bawah konsep 1 Malaysia, juga termasuk dalam kaum India. Saya percaya sokongan kaum India dalam memajukan negara kita terutama dalam sektor estet dan mereka layak mendapat hak yang sepatutnya di negara ini," kata beliau.

Tambah Najib, pelan rancangan yang dikemukakan Hindraf adalah keseimbangan daripada perubahan yang dilakukan sejak 4 tahun diterjemah melalui komitmen kerajaan bersesuaian dengan prinsip, "Janji Ditepati."

Najib mengalu-alukan kerjasama daripada Hindraf dalam menyokong mereka dalam PRU13 ini supaya kemenangan dua pertiga dapat dicapai.
Perkara yang dipersetujui kedua-dua belah pihak dalam pelan rancangan berkenaan adalah pembentukan sebuah unit khas kerajaan persekutuan untuk masyarakat India di bawah Jabatan Perdana Menteri merangkumi:

- Special Implementation Task Force (SITF) yang memberi fokus kepada isu dokumen pengenalan diri seperti kewarganegaraan, kad pengenalan, sijil kelahiran.

- Pelan tindakan masa depan sekolah-sekolah Tamil memberi fokus kepada isu berkaitan SJK(T) dan membangunkan satu pelan induk bagi masa depan sekolah-sekolah Tamil.

- Sekretariat khas utk memperkasa usahawan India supaya dapat bantu mendapatkan pinjaman perniagaan serta memberi khidmat nasihat kepada masyarakat India yang mahu menceburi bidang perniagaan.

- Peningkatan masyarakat India dalam sektor kerajaan dan GLC

- Peningkatan pengambilan pelajar India ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA)

- Mencapai sasaran pemilikan 3 peratus ekuiti

- Mengurangkan kadar jenayah dan gangsterism

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana