Hadi perjelas sebab PAS kerjasama dengan PKR, DAP


PAS memilih untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR kerana kedua-dua parti itu tidak menentangnya, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"UMNO menolak pelaksanaan hukum Islam yang kita (Pas) mahu. Kita tidak akan bekerjasama dengan syaitan. Oleh kerana DAP tidak menentang kita, lebih baik kita bekerjasama dengan mereka dan PKR," katanya semasa berucap melancarkan manifesto pakatan ketiga-tiga parti itu di Kedah di Kompleks Pas Batu 9, Kota Sarang Semut malam tadi.

Ketika ditanya pemberita selepas itu adakah perkataan syaitan yang digunakannya merujuk kepada UMNO, beliau hanya berkata: "Itu kena tanya (bekas Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir (Mohamad). Saya hanya mengulangi amanat Tun Dr. Mahathir."

Dr. Mahathir pernah dipetik menggunakan pepatah Inggeris better the devil you know than the angel you don't yang membawa maksud lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali tetapi telah diminta bertaubat oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din baru-baru ini kerana dikatakannya Dr. Mahathir membuat kenyataan sanggup bersama dengan syaitan.

Ketika mengulas permintaan pemimpin PAS itu, Dr. Mahathir dilaporkan berkata, Haron Din berkata demikian kerana mungkin beliu tidak mahir dengan pepatah Inggeris sehingga membuat tafsiran sedemikian (devil itu syaitan).

Abdul Hadi mendakwa UMNO tidak memahami konsep negara berkebajikan yang hendak dilaksanakanya apabila parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan PKR.

Katanya, konsep itu lebih luas dan berlainan dengan yang diamalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu memberi bantuan kepada fakir miskin, membina rumah orang susah dan subsidi tertentu.

Beliau berkata, negara berkebajikan PAS meliputi pemberian susu percuma untuk anak baru lahir, rawatan dan subsidi.

Katanya, Pas telah 99 peratus memuktamadkan pemilihan calon untuk 76 kawasan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan nama mereka akan diumumkan bila-bila masa sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana